2011: Jamuan Aidilfitri

Posted on 30/09/2011. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Murid-murid prasekolah

Sekitar sambutan Aidilfitri antara guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah selamat berlangsung pada 28 September lalu. Majlis ini merupakan anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG.

Memandangkan ni Jamuan Hari Raya maka tema pun mestilah tema hari raya kan.. jadi guru-guru, murid-murid dan tetamu-tetamu yang hadir kebanyakannya datang bergaya dengan tema baju raya masing-masing.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 8 so far )

Selamat Jalan Cikgu Zainal

Posted on 01/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Setelah hampir dua tahun berbakti di SK Tekek sebagai Guru Penolong Kanak Kokurikulum, akhirnya En. Zainal Abidin akan meninggalkan SK Tekek. Beliau akan menyambungkan tugasnya juga sebagai GPK Kokurikulum di SK (LKTP) Jengka 1.

Sepanjang beliau berada di sini beliau telah berjaya merangka dan mengelolakan perlbagai program dan aktiviti Kokurikulum dengan jayanya. Program terakhir yang beliau kendalikan di sini ialah Larian Pantai 2011 yang berlangsung pada 26 Februari lalu.

Sempena dengan itu, Kelab Guru dengan kerjasama PIBG SK Tekek menganjurkan Majlis Makan Malam merangkap Majlis Perpisahan untuk beliau pada 24 Februari yang lalu . Kehilangan beliau pastinya dirasai oleh kedua-dua belah pihak. Kami di sini mendoakan semogakan beliau terus berjaya di tempat baru.

Gambar-gambar semasa Majlis Perpisahan

(+Kredit foto kepada Cikgu Faiz, Ustaz Zek dan Cikgu Adi)


En. Zainal (berbaju hitam) bersama AJK PIBG dari kiri En. Ridzwan, En. Hafaz dan En. Jifral

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...