Taman Permainan Prasekolah

Posted on 09/11/2011. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Akhirnya.. dalam minggu-minggu terakhir sekolah tahun 2011 ni, merasa jugak budak-budak pra tahun ni merasa bermain di taman permainan prasekolah. Sebelum ni memandangkan kelas prasekolah ni baru dibuka awal tahun maka kawasan persekitarannya mcm pagar, rumput-rumput, pondok dan taman permainan masih belum ada.

Pagi ni, murid-murid ni rasmi dulu taman permainan ni. Tapi sebelum tu masing-masing kena dengar dulu aku briefing pasal keselamatan masa bermain dan bagaimana nak bergayut di “monkey bar” dengan selamat. Mula-mula sorang-sorang beratur dan bergayut tapi aku standby kat bawah, bantu diorang memegang bar yang betul.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

2011: Jom Ke Langkawi

Posted on 05/11/2011. Filed under: Cerita Di Sini, Jalan-Jalan | Tags: , , , , , , , , , , |

Alhamdulillah.. Kelab Guru dan Kakitangan SK Tekek telah berjaya mengadakan lawatan ke Langkawi bermula 22/10 – 26/10 lalu. Rombongan disertai oleh 45 orang termasuk kanak-kanak. Ahli rombongan bergerak dengan sebuah bas dari Syarikat Bas Manja yang disewa khas dari Rompin.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

2011: Jamuan Aidilfitri

Posted on 30/09/2011. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Murid-murid prasekolah

Sekitar sambutan Aidilfitri antara guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah selamat berlangsung pada 28 September lalu. Majlis ini merupakan anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG.

Memandangkan ni Jamuan Hari Raya maka tema pun mestilah tema hari raya kan.. jadi guru-guru, murid-murid dan tetamu-tetamu yang hadir kebanyakannya datang bergaya dengan tema baju raya masing-masing.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 8 so far )

Permohonan memasuki kelas prasekolah 2012

Posted on 16/09/2011. Filed under: Bahan Prasekolah | Tags: , , , , , , |

Permohonan dibuka sekarang, hantarkan borang yang telah lengkap ke Pejabat SK Tekek sebelum atau pada 16 Oktober 2011. Tempat terhad!

Permohonan yang lewat hanya akan dipertimbangkan sekiranya masih terdapat kekosongan..

Borang boleh didapati di pejabat SK Tekek atau dengan muat turun melalui link di bawah:

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 7 so far )

2011: Sambutan Nuzul Quran dan Majlis Khatam Quran

Posted on 26/08/2011. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Alhamdulillah.. program ini telah berjalan dengan jayanya pagi tadi. Bermula dengan Sambutan Nuzul Quran seawal jam 8.00 pagi dengan  pengisian tazkirah dari En. Lelehadri B. Mohd Zain (GPK 1) dan Ustaz Rahim B. Abd Hamid (Guru JQaf).

Majlis Khatam Quran mengambil tempat sejurus selepas berakhirnya Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Tekek, En. Abd Hafaz B. Abdul Hamid. Bacaan ayat Al-Quran diketuai oleh Ustaz Norbaqir B. Md Yusof (Guru JQaf).

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Good Bye Ustaz Din, Cikgu Zul…

Posted on 08/08/2011. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Setelah hampir lima tahun di Tekek akhirnya tiba lah giliran Ustaz Din pulak meninggalkan SK Tekek yang kian moden ni. Beliau akan mencurahkan bakti ke SK Kg Aur, Muadzam Shah lepas ni.

Ucapan perpisahan di Dewan Makan Asrama.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

2011: Closing Ceremony English Week

Posted on 05/07/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , , |

This event held on 1st July 2011.

There were plenty of photos about this event in my possession but you know that i cannot put it all here. 🙂 My flickr account almost reach it’s limit.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

2011: Selamat Hari Guru

Posted on 26/05/2011. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Sambutan berlangsung pada 20 Mei lalu, walaupun dah kira lewat sikit dari 16 Mei tapi alhamdulillah majlis yang sederhana ini dapat berlangsung dengan baik. Majlis dirasmi oleh Guru Besar, Tn. Hj Md Nasaha B. Ab Manan.

Kali ni bukan sahaja gambar2 menarik yang akan dikongsikan tapi juga videoklip lagu tema versi SK Tekek dan yang paling istimewa ialah dedikasi murid-murid SK Tekek buat guru-guru mereka. Video ini telah ditayangkan semasa perasmian oleh Tn. Guru Besar.

Terima kasih kepada semua murid-murid yang memberikan kerjasama dalam menjayakan video ini. Begitu juga juga kepada semua guru-guru dan kakitangan cukup sporting sepanjang sesi fotografi ini dan menyumbang usaha dalam menjayakan majlis. 🙂

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 10 so far )

Menetapkan peraturan di dalam kelas prasekolah

Posted on 01/04/2011. Filed under: Bahan Prasekolah, Kongsi-kongsi | Tags: , , , , , |

Di usia prasekolah, kanak-kanak masih belajar untuk membentuk kefahaman mereka terhadap hal-hal yang betul dan salah dalam banyak perkara yang mereka lakukan. Mereka juga menerokai persekitaran, menguji tahap keupayaan diri dan belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 7 so far )

Larian Pantai Siri Akhir

Posted on 07/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

PULAU TIOMAN 26 Februari – Sekali lagi murid-murid SK Tekek menguji stamina dan potensi diri masing-masing melalui aktiviti larian pantai peringkat akhir selepas dua kali menjalani sesi latihan pada minggu-minggu lalu. Program ini adalah ilham daripada pihak sekolah bagi menggalakkan penyertaan murid-murid dengan aktiviti-aktiviti kercergasan selain dari aktiviti-aktiviti yang berorientasikan akademik semata-mata.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

« Previous Entries

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...