Bicara Prasekolah

Ilham Prasekolah: Satu Perkongsian Idea

Posted on 30/06/2012. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, ICT Dalam Pendidikan, Kongsi-kongsi, Pra Buletin, Tutorial | Tags: , , , , |

Memperkenalkan satu komuniti online Ilham Prasekolah.

Image

Dapatkan pelbagai idea-idea menarik untuk menghidupkan PnP dalam kelas prasekolah, bahan bantu belajar, flash card dan clipart yang menarik dan pelbagai bahan baru dari masa ke semasa.

Sekiranya anda mempunyai bahan menarik untuk dikongsi, Ilham Prasekolah sangat mengalu-alukan idea anda!

Image

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Taman Permainan Prasekolah

Posted on 09/11/2011. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Akhirnya.. dalam minggu-minggu terakhir sekolah tahun 2011 ni, merasa jugak budak-budak pra tahun ni merasa bermain di taman permainan prasekolah. Sebelum ni memandangkan kelas prasekolah ni baru dibuka awal tahun maka kawasan persekitarannya mcm pagar, rumput-rumput, pondok dan taman permainan masih belum ada.

Pagi ni, murid-murid ni rasmi dulu taman permainan ni. Tapi sebelum tu masing-masing kena dengar dulu aku briefing pasal keselamatan masa bermain dan bagaimana nak bergayut di “monkey bar” dengan selamat. Mula-mula sorang-sorang beratur dan bergayut tapi aku standby kat bawah, bantu diorang memegang bar yang betul.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Prasekolah 2011

Posted on 18/02/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , |

Walaupun dah bulan Februari tapi rasanya masih belum terlambat untuk memperkenalkan kanak-kanak kelas prasekolah aku tahun 2011 ini. 25 orang, 9 perempuan dan selebihnya lelaki.

Selamat berprasekolah kpd korang semua.. Belajarlah rajin-rajin dan dengar cakap cikgu okay.. ­čÖé

25 wajah, 25 watak

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 10 so far )

Merdeka, merdeka, merdeka!

Posted on 01/09/2010. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini, Kongsi-kongsi, Pra Buletin | Tags: , , , |

Dalam tak sedar dah 53 tahun negara kita merdeka. Aku nak berkongsi sedikit info tentang merdeka ni, dari segi istilah samada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Indonesia┬á perkataan “merdeka” membawa maksud “bebas”. Walaubagaimanapun perkataan ini pada asalnya dipetik dari Bahasa Sanskrit “Maharddhika” yang bermaksud “kaya, mewah, berkuasa” (Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Merdeka)

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Variasi hari kedua di sekolah dan prasekolah

Posted on 05/01/2010. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Hari ni sudah masuk hari kedua persekolahan, cuaca pagi ini lebih baik dari semalam. Kalau semalam pagi-pagi hari lagi dah hujan lebat tetapi hari ini tidak lagi.

Hari ni juga perhimpunan pagi berjaya dijalankan buat kali pertamanya bagi sesi 2010 ini. Keadaan di tapak perhimpunan tampak sungguh berseri, bukan sekadar pada uniform-uniform sekolah yang baharu tetapi juga wajah-wajah yang sungguh berkobar-kobar dan ceria. Diharapkan semangat-semangat ini tidak hanya kekal pada minggu pertama persekolahan sahaja tetapi berkekalanlah sehingga ke akhir tahun.

Awal tahun ini menyaksikan SK Tekek kehilangan 3 orang guru kerana bertukar ke sekolah lain dan digantikan dengan lima orang guru baharu. Pada masa perhimpunan ini juga, murid-murid berkesempatan untuk mengenali guru-guru mereka yang baru ditugaskan di SK Tekek.┬á Selamat Datang dan Selamat Bertugas…

Pagi ni juga, saya telah membawa murid-murid prasekolah untuk hadir buat kali pertama di perhimpunan. Selain dari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan dunia persekolahan dan perhimpunan, saya juga mahu mereka semua mula belajar untuk mendisiplinkan diri semasa perhimpunan. Setakat ini hanya 12 orang kanak-kanak yang telah mendaftar ke kelas. Kemungkinan kebanyakan dari mereka masih kandas di di Mersing kerana perjalanan feri yang terhad akibat keadaan cuaca yang kurang baik.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Selangkah ke 2010 dengan banjir dan lumpur

Posted on 02/01/2010. Filed under: Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Tahun 2010 telah pun bermula. Alhamdullillah, bertambahlah lagi setahun umur kita semua dan syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk terus bernafas di bumi yang fana ini. Macam biasalah, tahun baru pasti datang dengan azam baru. Tak kiralah apa sekalipun azam korang walaupun sama macam azam tahun-tahun lepas, tapi itu lebih baik daripada tiada azam langsung. Tanam azam ni macam tanam pokok juga, lepas tanam kena siram kena jaga barulah pokok tu akan terus membesar dengan subur. Kalau lepas tanam terus biar je, nescaya akan rosaklah ia.

Ok, habis cerita pasal azam. Alhamdulillah pada 30 hb 12 baru-baru ni selesai sudah satu perjumpaan guru-guru prasekolah kelompok pantai di PPD Rompin untuk pembinaan rancangan tahunan berpandukan KSPK.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 8 so far )

Bahang 2010 VS Bahang KSPK

Posted on 16/12/2009. Filed under: Bahan Prasekolah, Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Kongsi-kongsi | Tags: , , , , , , |

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya tahun 2010. Awal tahun 2010 ni sekolah akan dibuka pada 4 hb. Takwim sekolah dan peristiwa boleh didapati di sini:

Penggal Persekolah 2010

Takwim Peristiwa 2010

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Kursus KSPK Bahasa Inggeris

Posted on 15/12/2009. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Jalan-Jalan, Kongsi-kongsi | Tags: , , , , |

Kursus yang berlangsung di Prescott Hotel, Klang pada 7-10 Disember baru-baru ini memberi pendedahan kepada guru-guru untuk menggunakan pendekatan Montessori dalam kelas terutamanya untuk pengajaran Bahasa Inggeris. Ini termasuklah mengenal bunyi phonetic kesemua 26 abjad. (rujuk video ABC Phonics Chant di bawah- Klik butang download untuk download)

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Blog Prasekolah Daerah Rompin

Posted on 07/12/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Kongsi-kongsi | Tags: , , |

Blog bukan lagi satu perkara yang asing dalam dunia pendidikan masa kini. Selain memudahkan perkongsian idea dan pendapat, segala hebahan dan maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan.

Memperkenalkan satu lagi blog iaitu prasekolahrompin.blogspot.com yang bakal menrancakkan lagi dunia blogging di kalangan guru-guru prasekolah.

Jadi sekiranya anda merupakan salah seorang guru prasekolah daerah Rompin, dijemput mendaftarkan diri anda.  Anda hanya perlu mempunyai email sebelum mendaftar. Semoga kita semua dapat memanfaatkan blog ini dengan sepenuhnya. Tiada maknanya ciptaan sesuatu blog sekiranya tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...