Berita dan Rencana

Bahang 2010 VS Bahang KSPK

Posted on 16/12/2009. Filed under: Bahan Prasekolah, Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Kongsi-kongsi | Tags: , , , , , , |

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya tahun 2010. Awal tahun 2010 ni sekolah akan dibuka pada 4 hb. Takwim sekolah dan peristiwa boleh didapati di sini:

Penggal Persekolah 2010

Takwim Peristiwa 2010

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Blog Prasekolah Daerah Rompin

Posted on 07/12/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Kongsi-kongsi | Tags: , , |

Blog bukan lagi satu perkara yang asing dalam dunia pendidikan masa kini. Selain memudahkan perkongsian idea dan pendapat, segala hebahan dan maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan.

Memperkenalkan satu lagi blog iaitu prasekolahrompin.blogspot.com yang bakal menrancakkan lagi dunia blogging di kalangan guru-guru prasekolah.

Jadi sekiranya anda merupakan salah seorang guru prasekolah daerah Rompin, dijemput mendaftarkan diri anda.  Anda hanya perlu mempunyai email sebelum mendaftar. Semoga kita semua dapat memanfaatkan blog ini dengan sepenuhnya. Tiada maknanya ciptaan sesuatu blog sekiranya tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Majlis Graduasi Prasekolah 2009

Posted on 20/11/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini, Pra Buletin | Tags: , , , , |

Tahun 2009 merupakan tahun ke-3 saya mengendalikan kelas prasekolah SK Tekek. Jadi ini adalah kumpulan murid-murid saya yang ketiga bergraduasi semenjak 2007. Walaubagaimanapun oleh kerana prasekolah SK Tekek telah mula dibentuk pada tahun 1992 maka secara teknikalnya tahun ini merupakan majlis graduasi yang ke -17 bagi prasekolah SK Tekek.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

NILAM Kebangsaan 2009

Posted on 02/08/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah, rasanya masih belum terlambat untuk praskt.wordpress mengucapkan tahniah kepada adik Azira Aziana Bt. Dzulkeefli dari 6 Ibnu Sina di atas kejayaannya meraih tempat ketiga untuk Tokoh NILAM Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah Pedalaman. Untuk makluman, Anugerah NILAM Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi yang boleh dicapai oleh murid yang aktif mengambil bahagian dalam Program NILAM. Kejayaan mereka menjadi simbol kejayaan Program NILAM di sekolah, daerah dan negeri.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Kunjunganku ke Prasekolah SK Rompin dan Prasekolah SK Janglau

Posted on 25/06/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Jalan-Jalan |

Selepas pulang dari berkursus dari Terengganu, aku dan 2 orang lagi guru prasekolah di Pulau Tioman iaitu Cikgu Idayu (Pra SK Juara) dan Cikgu Shahril (Pra SK Mukut) meluangkan sedikit masa untuk melawat ke prasekolah SK Rompin dan prasekolah SK Janglau. Tujuan utama lawatan tidak rasmi adalah untuk mendapatkan beberapa tips dan ilham untuk keceriaan kelas dan dan beberapa maklumat mengenai pengurusan prasekolah. Oleh kerana bot kami hari ni pukul 2.30 petang, jadi kami bertiga berjaya meluangkan masa yang sungguh bermanfaat daripada membuang masa menunggu feri di jeti Mersing. 🙂

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 11 so far )

Banjir Melanda Lagi

Posted on 25/06/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Pada mulanya hari ni aku bercadang nak letakkan entry mengenai kursus Guru-guru prasekolah Rompin di Terengganu dan juga kunjunganku ke prasekolah di SK Rompin (Prasekolah Jauhari dan Prasekolah Bestari) dan Pra Satria SK Janglau semalam tetapi hasratku tak dapat diteruskan kerana entryku pada kali ini adalah mengenai banjir yang melanda di SK Tekek dan penempatan rumah guru sementara.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Trip To Jakarta-Bandung

Posted on 05/06/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Jalan-Jalan |

Program lawatan ke Jakarta/Bandung anjuran Pendidikan Prasekolah Daerah Rompin telah berlangsung pada 1-4 Jun 2009.  Buat kali pertama bagi aku dan mungkin bagi beberapa orang peserta lain menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Rombongan ini disertai oleh 30 orang peserta yang kebanyakannya adalah guru. Kami berlepas dari KLIA pada 4.15 petang dan perjalanan untuk tiba di Jakarta memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Waktu di Indonesia lewat satu jam dari Malaysia. Jadi secara teorinya masa perjalanan kami lebih kurang 1 jam lebih je la.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 9 so far )

Mesyuarat SPPK

Posted on 21/05/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Jalan-Jalan |

Pada tarikh 17-20 Mei baru-baru ni, aku dan empat orang guru dari SK Tekek iaitu Cikgu Baharom (GPK 1), Edi, Siti dan Izyani telah menghadiri Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Program Rintis (Panjang sungguh nama meeting ni..) yang berlangsung di Grand Continental, Kuantan. Program merupakan anjuran Lembaga Peperiksaan.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 8 so far )

HAPPY TEACHER’S DAY!

Posted on 16/05/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua rakan-rakan guru di seluruh Malaysia yang sedang melayari blog ini terutamanya rakan-rakan di SK Tekek, tidak lupa juga guru-guru yang pernah mendidik aku sehingga terbentuknya aku pada hari ini. Istimewa juga kepada kedua-dua ibu dan bapaku yang merupakan sumber aspirasiku. Aku mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” Semoga Tuhan menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah dan nikmat kehidupan yang penuh barakah di dunia dan di akhirat.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 6 so far )

Program Komuniti Kolej Jati UiTM

Posted on 15/05/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini, Pra Buletin | Tags: , , , |

Pagi semalam, lebih kurang 10 orang student UiTM dari Fakulti Sains Kesihatan melangkah kaki buat kali pertamanya ke dalam kelas prasekolah aku. 2 hari sebelum tu aku dah pun dimaklumkan oleh Haziq dan Safwan (kalau x silap la nama diorang) rombongan ni buat program komuniti di Kg. Tekek ni.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

« Previous Entries Next Entries »

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...