Berita dan Rencana

2011: Kem Kecemerlangan dan Motivasi UPSR

Posted on 09/08/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , |

Khas untuk murid-murid SK Tekek yang bakal mengambil UPSR tahun ni. Satu lagi program kecemerlangan yang dirangka telah berjaya dilaksanakan bermula dari 29-31 Julai lalu.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

2011: Closing Ceremony English Week

Posted on 05/07/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , , |

This event held on 1st July 2011.

There were plenty of photos about this event in my possession but you know that i cannot put it all here. 🙂 My flickr account almost reach it’s limit.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Posted on 03/07/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Acara ini diadakan bersempena dengan Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang diadakan di Padang Dataran Perbandaran Taiping Perak semalam. Pelancaran dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia melibatkan kirakira 3.5 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah seluruh negara dan diadakan serentak sebagai simbol kepada pelancaran dasar 1M1S. Larian ini juga adalah usaha untuk melakar rekod “Penyertaan Murid Sekolah Paling Ramai Serentak Dalam Larian”

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Larian Pantai Siri Akhir

Posted on 07/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

PULAU TIOMAN 26 Februari – Sekali lagi murid-murid SK Tekek menguji stamina dan potensi diri masing-masing melalui aktiviti larian pantai peringkat akhir selepas dua kali menjalani sesi latihan pada minggu-minggu lalu. Program ini adalah ilham daripada pihak sekolah bagi menggalakkan penyertaan murid-murid dengan aktiviti-aktiviti kercergasan selain dari aktiviti-aktiviti yang berorientasikan akademik semata-mata.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Selamat Jalan Cikgu Zainal

Posted on 01/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Setelah hampir dua tahun berbakti di SK Tekek sebagai Guru Penolong Kanak Kokurikulum, akhirnya En. Zainal Abidin akan meninggalkan SK Tekek. Beliau akan menyambungkan tugasnya juga sebagai GPK Kokurikulum di SK (LKTP) Jengka 1.

Sepanjang beliau berada di sini beliau telah berjaya merangka dan mengelolakan perlbagai program dan aktiviti Kokurikulum dengan jayanya. Program terakhir yang beliau kendalikan di sini ialah Larian Pantai 2011 yang berlangsung pada 26 Februari lalu.

Sempena dengan itu, Kelab Guru dengan kerjasama PIBG SK Tekek menganjurkan Majlis Makan Malam merangkap Majlis Perpisahan untuk beliau pada 24 Februari yang lalu . Kehilangan beliau pastinya dirasai oleh kedua-dua belah pihak. Kami di sini mendoakan semogakan beliau terus berjaya di tempat baru.

Gambar-gambar semasa Majlis Perpisahan

(+Kredit foto kepada Cikgu Faiz, Ustaz Zek dan Cikgu Adi)


En. Zainal (berbaju hitam) bersama AJK PIBG dari kiri En. Ridzwan, En. Hafaz dan En. Jifral

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Prasekolah 2011

Posted on 18/02/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , |

Walaupun dah bulan Februari tapi rasanya masih belum terlambat untuk memperkenalkan kanak-kanak kelas prasekolah aku tahun 2011 ini. 25 orang, 9 perempuan dan selebihnya lelaki.

Selamat berprasekolah kpd korang semua.. Belajarlah rajin-rajin dan dengar cakap cikgu okay.. 🙂

25 wajah, 25 watak

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 10 so far )

Sepanduk Maulidur Rasul SK Tekek

Posted on 13/02/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , |

Sabtu, 12 Februari 2011:

Membuat sepanduk yang akan digunakan semasa perarakan pada hari Selasa ini sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat Kg. Tekek.

 

"Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat seluruh alam" (al-Anbia': 107)

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

Larian Pantai 2011 Siri 1

Posted on 28/01/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Aktiviti dijalankan pada 22 Januari lalu. Untuk siri pertama ini, murid-murid diperkenalkan laluan yang perlu mereka lalui untuk larian pantai mengikut kategori masing-masing.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Mereka yang bersukaneka

Posted on 11/04/2010. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , |

Acara sukaneka prasekolah adalah salah satu dari acara yang mengisi program Sukantara pada hari Jumaat yang lalu. Sejurus selepas acara saringan larian berakhir, acara sukaneka prasekolah mengambil tempat.

(more…)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Salam Maulidur Rasul

Posted on 26/02/2010. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: |

maulidurrasul
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

« Previous Entries

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...