Larian Pantai Siri Akhir

Posted on 07/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

PULAU TIOMAN 26 Februari – Sekali lagi murid-murid SK Tekek menguji stamina dan potensi diri masing-masing melalui aktiviti larian pantai peringkat akhir selepas dua kali menjalani sesi latihan pada minggu-minggu lalu. Program ini adalah ilham daripada pihak sekolah bagi menggalakkan penyertaan murid-murid dengan aktiviti-aktiviti kercergasan selain dari aktiviti-aktiviti yang berorientasikan akademik semata-mata.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti seumpama ini juga penting kerana generasi masa depan yang diperlukan negara ialah generasi yang cerdas dan cergas. Bukankan otak yang cerdas datang dari tubuh badan yang cergas? Siapa tahu mungkin anak-anak Tioman inilah yang bakal memimpin negara pada suatu masa nanti.

Hari ini juga merupakan hari terakhir Cikgu Zainal akan berada di SK Tekek sebagai GPK Kokurikulum. Ini merupakan tugasan terakhir yang dikendalikan oleh beliau di SK Tekek.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada murid-murid yang mengambil bahagian, guru-guru yang terlibat dan AJK-AJK PIBG yang sudi hadir ke program ini.

GAYA DAN RAGAM SEPANJANG PROGRAM

 

Sesi memanaskan badan dikendalikan oleh En. Shafizi (berbaju biru) dengan jayanya

Syasya Sazwina dengan gaya kungfu

Maisarah

Farisha

Murid-murid prasekolah turut melibatkan diri

Tugasan-tugasan akhir Cikgu Zainal

En. Edi menguruskan alatan-alatan yang diperlukan untuk program

Darwisy

Antara yang terawal menamatkan larian

Upacara Penutupan dan Penyampaian Hadiah berlangsung di Anjung Prasekolah

Penyampaian medal oleh En. Hadri, GPK HEM

YDP PIBG SK Tekek, En. Hafaz turut menyampaikan medal

Naib YDP, En. Majid menyarungkan medal kepada pemenang

Pn. Kam juga dari PIBG

En. Zainal yang sama-sama memeriahkan acara di hari terakhir beliau di sini

DARI KIRI; En. Majid, En. Zainal dan En. Hafaz

En. Hadri menyampaikan ucapan di akhir majlis

Amanat dari seorang guru buat murid-murid tercinta

Faiz dari Tahun 2

Murid-murid mengambil peluang bersalaman dengan Cikgu Zainal

Perkenalan yang singkat tetapi cukup bermakna

 

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Larian Pantai Siri Akhir”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Sakan sukan sekolah kau ni, sampai bersiri-siri pulop.

Event happening, Gambar ceria, mmg terbaek lah!

Meriah betul nampak, suasana di pulau


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...