Selamat Jalan Cikgu Zainal

Posted on 01/03/2011. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , |

Setelah hampir dua tahun berbakti di SK Tekek sebagai Guru Penolong Kanak Kokurikulum, akhirnya En. Zainal Abidin akan meninggalkan SK Tekek. Beliau akan menyambungkan tugasnya juga sebagai GPK Kokurikulum di SK (LKTP) Jengka 1.

Sepanjang beliau berada di sini beliau telah berjaya merangka dan mengelolakan perlbagai program dan aktiviti Kokurikulum dengan jayanya. Program terakhir yang beliau kendalikan di sini ialah Larian Pantai 2011 yang berlangsung pada 26 Februari lalu.

Sempena dengan itu, Kelab Guru dengan kerjasama PIBG SK Tekek menganjurkan Majlis Makan Malam merangkap Majlis Perpisahan untuk beliau pada 24 Februari yang lalu . Kehilangan beliau pastinya dirasai oleh kedua-dua belah pihak. Kami di sini mendoakan semogakan beliau terus berjaya di tempat baru.

Gambar-gambar semasa Majlis Perpisahan

(+Kredit foto kepada Cikgu Faiz, Ustaz Zek dan Cikgu Adi)


En. Zainal (berbaju hitam) bersama AJK PIBG dari kiri En. Ridzwan, En. Hafaz dan En. Jifral

 

En. Zainal menyampaikan ucapannya.

En. Faiz dan En. Shafizi

 

Ustaz Risaudin

En. Hafaz menyampaikan cenderahati dari pihak PIBG

Cenderahati dari Kelab Guru disampaikan oleh Ustaz Razali

Bacaan doa sebelum makan

BBQ Ayam dan BBQ Ikan menjadi menu istimewa hari ini

 

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Selamat Jalan Cikgu Zainal”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Sayonara Encik Zainal, welcome to SK Jengka 1.

Selamat jalan sahabat.Terima kasih diatas segala jasamu untuk seluruh warga S.K tekek. jangan serik datang Tioman lagi. Ikan tambak Tanjung Atas tunggu cikgu.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: