Fotografi Pra Graduasi Tahun 6

Posted on 05/11/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , , , , , , , |

Salam.. bertemu kembali dalam entri kali ini. Insyallah ini bukanlah entri yang terakhir untuk tahun ini walaupun kurang dari 2 minggu lagi dah sesi percutian akhir tahun tiba.

Walaupun sudah akhir tahun tetapi sekarang keadaan di sekolah agak sibuk dengan kerja-kerja pemunggahan barang-barang ke bangunan yang baharu. Dalam kesibukan yang tak surut-surut pun masih ada agenda yang belum selesai iaitu Hari Anugerah Pendidikan dan Graduasi Prasekolah yang dijadualkan berlangsung pada 11 hb ni.

Baru lepas buat sesi fotografi pra-graduasi murid-murid tahun 6 di makmal komputer tadi di bawah kendalian Ustaz Rahim dan Teacher Sofya. Shoot gambar-gambar potrait ala-ala konvokesyen universiti. Ini adalah jubah pertama yang ditempah khas oleh Sofya (Teacher Sofya) untuk murid-murid Tahun 6 SK Tekek. Kelak, murid-murid SK Tekek akan bergraduasi 2 kali; sekali di prasekolah dan sekali lagi di Tahun 6. Mudah-mudahan ini bukanlah jubah terakhir yang disarung mereka sebaliknya akan terus menyarung jubah Diploma, Degree, Master dan PHD pulak.

Insyallah.. kami guru-guru SK Tekek mendoakan segala yang terbaik untuk korang semua. Semoga berjaya menjadi manusia yang berjaya dan berakhlak mulia.

 

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Fotografi Pra Graduasi Tahun 6”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

mcm2 gaya🙂

Gaya nak pukul orang guna cota, gaya pegang gitar, gaya pegang shotgun, mcm2 gaya.

Idea buat graduasi tahun 6 menarik. Nampak mcm dah konvo degree.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: