Dragon Puppet Project

Posted on 01/10/2010. Filed under: Bahan Prasekolah, Pra Buletin | Tags: , , , , , , , |

Korang semua tahu “puppet” tu apa kan? Antara “puppet” yang popular adalah dari “Sesame Street”. Pada masa entry ini dibuat, aku masih tak jumpa istilah bahasa melayu yang tepat untuk perkataan “puppet”, mungkin topeng tangan ataupun boneka tangan.

Projek “Dragon Puppet” ini adalah suatu yang mudah untuk dibuat, murah dan mampu menarik minat kanak-kanak. Murid-murid prasekolah aku pun kelihatan begitu leka sepanjang membuat projek ini. Selepas berjaya menghasilkan “Dragon Puppet” mereka, mereka pun berseronoklah dengan hasil kerja mereka.

LANGKAH 1 Bekalkan kanak-kanak dengan sehelai kertas warna dan bimbing  mereka untuk membuat lipatan seperti dalam rajah di bawah. Ini adalah bahagian kepala naga.

 

LANGKAH 2 Lukis bentuk mata naga (3bahagian mata seperti gambar) dan lidah naga di atas sehelai kertas lain. Fotostat dan agihkan kepada murid-murid untuk diwarnakan.

LANGKAH 3 Setelah selesai, bimbing murid-murid korang untuk menggunting komponen-komponen tersebut dan gam pada bahagian kepala naga yang dihasilkan pada LANGKAH 1

LANGKAH 4 Gunakan pensel warna untuk membuat bahagian hidung naga

SIAP!

 

Aktiviti membantu meningkatkan kemahiran psikomotor halus

 

Kanak-kanak juga mampu membuat sesuatu dengan begitu teliti

 

 

Bebas membuat aktiviti pada mana-mana ruang di dalam kelas.

 

 

Aktiviti seumpama ini juga boleh mendisiplinkan murid-murid dalam membuat tugasan

 

Sesetengah kanak-kanak lebih selesa membuat aktiviti secara bersendirian

 

 

Bergembira dengan hasil kerja sendiri

 

Lagi wajah gembira + bangga...

 

Kami dah berjaya buat, korang bila lagi?

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

7 Responses to “Dragon Puppet Project”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Kreatif la idea ni. Siapa kata guru lelaki prasekolah tak kreatif

Saya tak kata🙂

Besh jd bebudak pra

pelbagai aktiviti yang menarik juga boleh didapati di kizclub.com…. cecuba.. cececuba cikgu buka.. tentu lebih menarik.. selamat mencuba..🙂

seronoknya… saya thn nie msk thn ke 2 jadi guru pra… masih lagi pening2 maklumlah bkn opsyen pra tetapi sdaya upaya buat yg tbaik..

Saya suka aktiviti ni, tapi saya lebih suka pada gambar-gambar di sini.
A picture tells a thousand words

sangat menarik, boleh saya gunakan idea ini untuk masa praktikal nnti, saya pelajar dip pra sekolah .insyallah, byk lagi ilmu nak sy cari dlm bidg ni.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: