Majlis Khatam Al Quran

Posted on 18/09/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , , , |

AlQuran panduan sepanjang zaman

Allah SWT melalui firmannya yang bermaksud:

Dan Kami turunkan dari  Al Quran itu sesuatu yang menjadi ubat bagi orang-orang yang beriman

( Al-Isra’, ayat 82)

Sememangnya amat penting bagi negara kita untuk memiliki generasi muda yang bukan sahaja cemerlang di dalam akademik tetapi juga celik Al-Quran dan cara terbaik untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran ialah dengan memberi didikan bermula dari peringkat kanak-kanak.

Di era moden ini pula Al-Quran mudah didapati dalam pelbagai bentuk selain dari Mushaf Rasm Uthmani yang biasa kita gunakan iaitu Al-Quran Digital yang mudah dibawa kemana-mana, audio Al-Quran yang boleh dimuatkan di dalam komputer, handphone, PDA atau MP3 Player dan Perisian Al Quran yang lazimnya dipasang di komputer lengkap dengan tulisan dan suara serta terjemahan.

Majlis Khatam Quran dan Di Ambang Raya

Ini cerita sebelum cuti raya hari tu, cuma baru hari ni aku berkesempatan nak tulis tentang program yang dinamakan Majlis Khatam Al Quran dan Di Ambang Raya ni yang dianjurkan oleh Panitian Pendidikan Islam.  Program ini telah selamat dijalankan pada 3 September 2010 (Jumaat) lepas dengan tema pilihan “Ramadhan Bulan AlQuran Syawal Bulan Kemenangan”.  Majlis ini melibatkan murid-murid tahun 2 hingga 6.

Objektif program seperti yang dinyatakan di dalam buku programnya:

  • Melatih murid-murid menghayati bacaan Al-Quran
  • Membesarkan Al-Quran dan isi kandungannya
  • Menanamkan nilai-nilai dan amalan Islam yang murni dalam jiwa murid
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan warga sekolah

Gambar-gambar untuk kali ini.

Tn. Guru Besar bersama wakil PIBG, En. Shahril Abdullah

Cenderahati buat guru-guru

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

8 Responses to “Majlis Khatam Al Quran”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Alangkah bagusnya kalau sekolah-sekolah banyakkan lagi aktvt-aktvt kerohanian macam ni.

Cute kembar dua orang yang baju ungu tu.

Cute.. tapi sebenarnya diorang tu bukan kembar, adik beradik pun bukan🙂

Alhamdulillah habis gak katam Al-Quran ek…. tq cikgu2 walaupun sibik mengemas bilik guru…. tapi akhirnya haru biru tak jadi pindah .. SABAR JE LA … SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN…. Dugaan…

Kelas aku dah punggah banyak dah.. x pasal2 kena kemas balik.

Alhamdulillah SKT dah semakin meriah. Guru-guru pun dah semakin ramai.

Best sekolah budak melayu aku sekolah asli tak bley nak wat la khatam quran

Buat khatam sewang x bleh eh?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: