Suatu petang di bulan Ramadan…

Posted on 03/09/2010. Filed under: Cerita Di Sini |

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”

(Al-Baqarah: 183)

Salam..

Hari ni sudah masuk Ramadan yang ke 23. Ini bermakna tidak lama lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita. Semoga kita akan diberi peluang oleh Allah SWT untuk melalui Ramadan-ramadan di akan datang.

Sahur, berbuka dan Tarawikh. 3 perkara inilah yang sungguh sinonim dengan Ramadan. Tetapi biasanya perkara yang sangat diberi perhatian ialah berbuka.🙂 Maklumlah bila dah sehari perut tak diisi jadi bila time berbuka segala macam makanan yang nak diisi.

Minggu lepas ada Majlis Berbuka Puasa bersama jabatan-jabatan kerajaan kemudian pada hari Rabu lepas, Majlis Berbuka Puasa bersama murid-murid asrama SK Tekek. Kedua-duanya bertempat di Sri Nelayan, Berjaya. Tapi untuk event ni, aku cuma ada 3 keping gambar ni je untuk dikongsi. Jangan ditanya pasal menu, sebab menu yang disediakan memang banyak dan pelbagai…

Untuk hari esoknya pula, Majlis Berbuka Puasa Kelab Guru dan Kakitangan Bersama PIBG di Restoran Zali. Majlis tak lah semewah semalam sebab peruntukan kewangan pun kecil tapi tu bukan persoalan utama sebab matlamat utama majlis ni adalah untuk memberi peluang warga kerja sekolah dan wakil-wakil PIBG  berbuka puasa bersama.

Restoran Zali @ Terminal

Haikal dan Nana

Lihatlah mata Qaisarah yang bulat ni

Bila Maghrib berkumandang

Gambar bawah kiri (bukan kanan..): Inilah Bang Zali, chef majlis berbuka kami.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: