Merdeka, merdeka, merdeka!

Posted on 01/09/2010. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini, Kongsi-kongsi, Pra Buletin | Tags: , , , |

Dalam tak sedar dah 53 tahun negara kita merdeka. Aku nak berkongsi sedikit info tentang merdeka ni, dari segi istilah samada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Indonesia  perkataan “merdeka” membawa maksud “bebas”. Walaubagaimanapun perkataan ini pada asalnya dipetik dari Bahasa Sanskrit “Maharddhika” yang bermaksud “kaya, mewah, berkuasa” (Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Merdeka)

Sempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 ini, aktiviti murid-murid aku hari ni pun berkisar tentang kemerdekaan jugak. Oleh kerana murid-murid pra ni lebih suka bercakap dari mendengar aku bercakap maka aku pun bercerita pendek je hari ni. Kurang daripada 10 minit cerita sikit tentang sejarah kemerdekaan negara, terus aku proceed dengan aktiviti “tanjak merdeka”.

Aktiviti ni pernah aku jalankan pada murid-murid prasekolah tahun lepas. Cuma tahun ni aku buat sedikit penambahbaikan pada model tanjaknya yang dibesar sedikit supaya mudah dipakai dan garisan yang lebih jelas. Murid-murid juga bebas menggunakan medium yang disukai samada pensel warna ataupun krayon. Tapi dari pemerhatian aku, memang sah diorang ni tak berapa minat mewarna sebab aku pun jarang bagi aktiviti mewarna sebelum-sebelum ni. Tapi takpe, buatlah setakat mana yang korang mampu asalkan korang puas hati dengan tanjak yang korang buat ni.🙂

Merdeka.. merdeka.. merdeka!!

Lihatlah betapa tekunnya mereka.. =)

Bermulanya satu misi merdeka...

Adik Hazel dan Shauqie

Download “Tanjak Merdeka” berskala baru di sini

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Merdeka, merdeka, merdeka!”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

comelnye hazel tu..sy amek tanjak merdeka ni ye..nak wat kat kelas, utk pakai ms hari penutup bulan kemerdekaan peringkat skola..=)

Suka sangat aktiviti ni. Saya download bahan ni. Sangat berguna.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: