Majlis Perpisahan Tn. Guru Besar

Posted on 01/03/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , |

Tahun 2010 merupakan tahun terakhir bagi En. Nordin B. Abd Karim mencurahkan bakti dan jasa sebagai Guru Besar di sini. Beliau akan meneruskan khidmatnya sebagai Guru Besar di sekolah beliau yang baharu iaitu SK Bohor Baharu, Temerloh. Tempat beliau digantikan dengan Cikgu Alias B. Abu Samah yang sebelum ini berkhidmat di SK Luit, Maran.

Penyampaian cenderahati kepada En. Nordin B. Abd Karim

En. Abd Karim yang bertukar ke SK Juara

Tahniah kepada Cikgu Siti atas kelahiran anak sulungnya

Cikgu Nordin menjawat jawatan Guru Besar di SK Tekek pada tahun 2007. Sumbangan beliau dalam menaikkan nama dan mutu akademik sekolah tidak dapat dinafikan lagi kerana sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat, sekolah telah melahirkan 3 orang pelajar 5A dalam UPSR iaitu seorang pada tahun 2008 dan 2 orang pada tahun 2009. Semoga beliau akan terus membawa kecemerlangan kepada sekolah beliau yang baharu.

Kami selaku warga SK Tekek mengucapkan terima kasih atas segala budi baik, idea dan jasa beliau selama ini. Selamat Bertugas di tempat baharu..

Pucuk pauh delima batu.
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan

Majlis perpisahan yang berlangsung di Restoran ABC Chalet, selain guru-guru dan staff majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari PIBG.

Selain dari majlis perpisahan Tn. Guru Besar, majlis juga berlangsung sempena perpisahan Cikgu Abd Karim B. Nordin yang bertukar ke SK Juara sebagai Guru Besar.

Turut berlangsung pada malam yang sama juga adalah penyampaian cenderahati kepada Cikgu Daria dan Cikgu Siti Khadijah sempena kelahiran anak sulung mereka. Tahniah diucapkan.

Semua cenderahati disampaikan oleh YDP PIBG iaitu En. Hafaz.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

6 Responses to “Majlis Perpisahan Tn. Guru Besar”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Cikgu2 SK Tekek sekarang seronok. Masa saya dulu tak pernah buat majlis2 begini. Kalau dulu keluar masuk tiada siapa yang kisah. Terasa tak seronok betul mengajar di pulau tioman dulu.

Dulu mungkin xde kemudahan ICT mcm sekarang dan ditambah pula dengan bilangan guru dan murid yang sedikit. Mungkin sebab tu kurang meriah. Saya percaya jasa2 guru waktu tu pun sebenarnya sangat dihargai pada waktu itu dan kini.

Tahniah atas jase baik guru2 dan staf sk tekek.Moge cemerlang di semua lapangan.All the best.

Jangan lupa kami di juara.Cemerlang bersama.

Insyaallah Bong… sama2 lah kita berdoa..

sedih bile tengok gambar tu . masih teringat lagi masa kat tioman .


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: