Lagenda Sebuah Lagenda

Posted on 01/02/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , |

Seringkali jasa benda-benda tidak bernyawa seringkali dilupakan. Yang selalu dihargai biasanya hanyalah dari kalangan manusia sahaja.Biasanya entry di weblog ni banyak berkisar tentang budak-budak dan orang. Jadi entry kali ni agak merapu sikit sebab berkisar tentang salah satu benda tidak bernyawa yang paling banyak menyumbang jasa kepada aku.

Motorsikal berplate C*S 6**6 ini merupakan anugerah dari ibu dan bapaku  semasa aku di tahun kedua ketika menuntut di UiTM, Shah Alam dari tahun 2003-2006. Jadi nilai-nilai sentimental yang ada pada motorsikal ni amatlah tinggi bagi aku, meskipun ia hanyalah sebuah kapcai.

Bila dah lama berkhidmat di bandar apabila aku dihantar di SK Tekek pada tahun 2007, Lagenda aku ni meneruskan perkhidmatannya di pulau pula. Di sini keadaannya agak malang sedikit sebab cepat berkarat. Sehinggalah di akhir 2009 sebelum motorsikal kesayangan aku ni bertambah teruk dan buruk. Aku hantar buat “makeover” di Mersing. Rangka spray semula, cover set tukar, ekzoz tukar, baiki starter. Tapi warna dah tak warna asal lagi, sebab dulu lagenda aku ni warnanya ungu. Masa aku hantar, cover set ungu not available.

Pengajaran dari entry kali ni, untuk korang yang ada motor hargai dan sayangilah motorsikal tu. Jagalah dengan baik dan cermat. Jangan biarkan karat-karat menyelubungi motorsikal anda!

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

5 Responses to “Lagenda Sebuah Lagenda”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Not for sale? Ingatkan nak lego dah motor ni

Cikgu layan motor macam layan orang.

Azlina, kan lebih baik layan motor macam layan orang daripada layan orang macam layan motor.

Gua teringat motor pertama gua, honda cup 70. Memang gua sayang gila dengan motor tu beb. Tapi lepas gua guna kete, bagi adik gua guna motor tu pulak sampai habis jahanam motor tu. Sedih gua bila ingat balik.

Biasalah tu Zamhuri, benda yang senang dapat selalunya jarang dihargai.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: