Koyak, renyuk dan gumpal

Posted on 10/01/2010. Filed under: Bahan Prasekolah | Tags: , , , , , , , |

Sekadar merenung kembali aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelas prasekolah saya sepanjang minggu lepas. Tiada sebarang aktiviti yang membebankan. Tidak melibatkan sebarang huruf mahupun nombor kecuali sekadar mengecam dan menulis dan nombor ID masing-masing pada setiap lembaran aktiviti yang mereka dapat.

Kebanyakan aktiviti lebih menjurus ke arah memupuk minat dan cinta kanak-kanak untuk datang ke kelas setiap hari. Biar mereka berasa seronok dengan suasana di kelas prasekolah, seronok bergaul dengan rakan-rakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang ringan sesuai dengan tahap kesediaan mereka buat masa sekarang. Lagipun objektif di sebalik pelaksanaan KSPK bukanlah menjurus ke arah perkembangan akademik semata-mata sebaliknya turut merangkumi unsur-unsur lain seperti penerapan nilai-nilai murni, penerokaan persekitaran, kecergasan badan, pengembangan daya kreativiti dan sebagainya.

Aktiviti dijalankan dalam bulatan

Salah satu aktiviti yang telah saya jalankan pada minggu lepas  untuk tunjang Fizikal dan Estetika – Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (PFK) meliputi Standard Pembelajaran (SP) yang paling asas iaitu fokus untuk Perkembangan Motor Halus iaitu:

PFK 1.1.1 – Menggunakan jari untuk mengoyak bebas

PFK 1.1.2 – Menggunakan tangan untuk untuk merenyuk (crush) kertas

PFK 1.1.3 – Menggunakan jari untuk meramas (mix)

PFK 1.1.6 – Menggunakan jari untuk menggentel

PFK 1.1.7 – Menggunakan jari untuk memicit

Melalui aktiviti ini, setiap kanak-kanak dibekalkan dengan sehelai kertas dan satu plastik aiskrim. Terlebih dahulu, mereka diminta untuk merenyukkan kertas sehingga berbentuk bulat. Selepas itu sebagai selingan, saya meminta mereka melontar kertas tersebut (lontar rendah) ke udara dan menangkapnya dengan sebelah tangan. Kelihatan masing-masing begitu teruja untuk melakukannya. Kita sebagai orang dewasa pastinya tidak menyedari bahawa membaling dan menyambut dengan sebelah tangan ini sebenarnya agak sukar untuk dilakukan oleh kanak-kanak meskipun dicuba beberapa kali. Ha ha.. boleh cuba buat pada anak murid atau anak sendiri lepas ni. Percubaan mereka yang pertama pasti tidak berjaya.🙂

Itu baru Level 1, untuk Level 2 kertas tadi hendaklah dibuka semula supaya kembali kepada bentuk kertas yang asal. Pada peringkat ini saya mengingatkan kanak-kanak untuk melakukannya secara cermat supaya gumpalan kertas yang dibuka tidak terkoyak. Di sini saya dapat lihat riak wajah masing-masing yang melakukannya dengan begitu berhati-hati.

Seterusnya tibalah masa untuk ke Level 3 iaitu mengoyak kertas tadi pada saiz lebih kurang besar syiling 50 sen. Cebisan ini akan direnyuk, digumpal dan digentel-gentel sehingga berbentuk bulat. Buatlah banyak-banyak dan masukkan kertas-kertas yang berbentuk bulat ni ke dalam plastik aiskrim masing-masing. Minta diorang buat sampai habis keseluruhan kertas yang dibekalkan tadi.

Aktiviti memerlukan ketelitian dan ketekunan

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

11 Responses to “Koyak, renyuk dan gumpal”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Cadangan..Sambil murid-murid mengentel-gental kertas menjadi bulatan ajaklah mereka menyanyi…

“Bulatan kecil..bulatan kecil…bulatan besar”

Ulang 2 kali. Pasti mereka tambah seronok.

Ha ha.. betul tu.. memang akan bertambah menarik dan ceria begitu.

Seronoknya lah aktiviti ni alahai… ni rasa nak jadi budak-budak semula ni. Terasa aman je hidup.

Assalamualaikum, terima kasih atas idea aktiviti ini. Kreatif dan berkesan.

Waalaikumussalam Chekgu Anis, insyaallah pelbagai lagi aktiviti menarik dan idea akan menyusul. Just stay tune k..

Saya harap tekekpreschool dapat memperbanyakkan lagi catatan aktiviti seumpama ini. Aktiviti seumpama ini dapat saya laksanakan di kelas saya.

aktiviti ckp bIK CZ MENDIDIK KANAK2 BERSABAR DAN MELAKUKANNYA DENGAN TEKUN DAN HATI2

entry anda membantu saya untuk penyediaan kerja kursus berkenaan permasalahan pelajar prasekolah ketika PNP dijalankan. Teruskan usaha n TQ.

Assalammualaikum… Terima kasih kerana sudi berkongsi idea yg kreatif ini. Sangat berguna untuk guru yg baru dlm bidang pendidikan awal kanak-kanak. Teruskan usaha yeaa…

Tq so much for this simple but brilliant idea.. good to be run in my class. Your preschool kid look so well manner even in front of the camera. Even the activity seems so under control to me. Or you have any special method to dicipline your preschool kid?

Tq for your comment Mrs Vee,
I dont have any special method for this one.. just keep them busy doing activity.. 🙂 U should try, it does work all the time..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: