Hijrah Rusydan

Posted on 08/01/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , , , , , , , , |

Hijrah Rusydan dari pulau ke sungai

Ketika entry ini ditulis, hujan yang pada mulanya lebat sudah mula renyai. Lepas Jumaat tadi, jemaah-jemaah kebanyakannya menunggu lebih kurang 15 minit menanti hujan reda. Setiap kali hujan lebat turun, banyak hati-hati sudah mula gusar. Masakan tidak, semuanya bimbang rumah yang baharu sahaja dibersihkan dan dikemas kembali dinaiki air. Walaupun saya tidak perlu terlalu bimbang kerana saya kini tinggal di kawasan bebas banjir namun masih bimbangkan keadaan di kelas prasekolah yang kemungkinan dinaiki air sekiranya hujan lebat berterusan. Harap-harap tidak lah sampai begitu.

Itulah mukaddimah kali ini, now why don’t i just straight to the point? Hari Rabu yang lepas sekitar pukul 8.30 malam, seluruh warga kerja SK Tekek dan keluarga telah menghadiri satu majlis makan malam aka majlis perpisahan Ustaz Rusydan B. Mohamad Noor bertempat di Cafe Uzmar. Satu malam yang penuh dengan gelak ketawa dan juga gurauan ini merupakan malam terakhir untuk beliau bersama dengan rakan-rakan sebagai tenaga pengajar di SK Tekek kerana selepas ini beliau akan berhijrah ke tempat bertugas beliau yang baharu;  SK Sungai Sam, Kuala Krai di negeri kelahiran beliau iaitu Kelantan.

“Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat pertama posting.. ” Beliau mula ditempatkan di sini pada tahun 2005. Di sini beliau merupakan seorang guru media/perpustakaan sekolah. Kehilangan beliau pastinya akan dirasai lebih-lebih lagi di kalangan guru-guru lelaki kerana apabila bertugas di sekolah pedalaman ini kebanyakan masa adalah bersama-sama dengan rakan memandangkan kebanyakannya tidak membawa keluarga ke sini jadi masa yang diluangkan sesama rakan tidak terhad hanya di sekolah bahkan juga di rumah. Petang-petang main bola, malam main badminton sampai terguling-guling. Semuanya sungguh mencuit hati jika dikenangkan kembali. Jadi kehilangan setiap seorang pastinya dirasai. Kepada ustaz Rusydan kami di sini mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru…

Tetapi walau apapun yang dirasai, semuanya harus diatasi kerana demi meningkatkan kemahiran diri, pengalaman hidup dan anjakan paradigma,kita harus berhijrah. Jangan biarkan keselesaan melemaskan minda dan menjajah pemikiran. Tidak ada salahnya merasai kehidupan di tempat lain. Bak kata orang ” Lain padang, lain belalangnya”

Ucapan aluan pengerusi majlis; Ustaz Razali

Ucapan penghargaan dari Tn. Guru Besar; En. Nordin B. Abdul Karim

Wajah-wajah gembira dalam sedu... 😦

Lagi wajah-wajah yang turut bersedih... 😦

P/S: Saat entry ini dah abis ditulis, hujan dah reda sepenuhnya jadi bolehlah aku jemur semula pakaian aku.

Make a Comment

Leave a reply to Mohd Auf Cancel reply

6 Responses to “Hijrah Rusydan”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

aku pun turut bersedih bro… 😦

Itulah “semua orang nak main” (apa punya nickname daa…) hilang dah sorang lagi ahli team badminton kita. No more rolling action… 🙂

Assalamualaikum, saya juga merupakan salah seorang guru di pedalaman Sabah dahulu. Sekarang sudah kembali bertugas di semenanjung. Memang terharu bila berpisah dengan rakan-rakan lama yang dah dianggap sebagai keluarga.

Benar tu Auf, inilah kelebihan guru-guru di pedalaman. Satu pengalaman yang pasti takkan dilupakan.

Sedihnya la penulisan kali ni. Terharu membacanya

eleh sedih ke?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...