Variasi hari kedua di sekolah dan prasekolah

Posted on 05/01/2010. Filed under: Bahan Prasekolah, Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Hari ni sudah masuk hari kedua persekolahan, cuaca pagi ini lebih baik dari semalam. Kalau semalam pagi-pagi hari lagi dah hujan lebat tetapi hari ini tidak lagi.

Hari ni juga perhimpunan pagi berjaya dijalankan buat kali pertamanya bagi sesi 2010 ini. Keadaan di tapak perhimpunan tampak sungguh berseri, bukan sekadar pada uniform-uniform sekolah yang baharu tetapi juga wajah-wajah yang sungguh berkobar-kobar dan ceria. Diharapkan semangat-semangat ini tidak hanya kekal pada minggu pertama persekolahan sahaja tetapi berkekalanlah sehingga ke akhir tahun.

Awal tahun ini menyaksikan SK Tekek kehilangan 3 orang guru kerana bertukar ke sekolah lain dan digantikan dengan lima orang guru baharu. Pada masa perhimpunan ini juga, murid-murid berkesempatan untuk mengenali guru-guru mereka yang baru ditugaskan di SK Tekek.  Selamat Datang dan Selamat Bertugas…

Pagi ni juga, saya telah membawa murid-murid prasekolah untuk hadir buat kali pertama di perhimpunan. Selain dari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan dunia persekolahan dan perhimpunan, saya juga mahu mereka semua mula belajar untuk mendisiplinkan diri semasa perhimpunan. Setakat ini hanya 12 orang kanak-kanak yang telah mendaftar ke kelas. Kemungkinan kebanyakan dari mereka masih kandas di di Mersing kerana perjalanan feri yang terhad akibat keadaan cuaca yang kurang baik.

Mungkin disebabkan bilangan murid yang sedikit, suasana hari pertama semalam juga tenang tanpa sebarang tangisan, teriakan ataupun aktiviti-aktiviti yang luar biasa. Meskipun pada mula-mula tu ada juga seorang kanak-kanak lelaki yang enggan masuk kelas sebelum dipujuk  oleh ibunya. Selepas berkenalan sesama mereka, saya menceritakan kepada mereka tentang peraturan-peraturan kelas termasuklah aturan ketika tiba di kelas, ketika hendak makan, ketika hendak ke tandas dan ketika pulang. Perkara penting yang turut dibuat ialah membekalkan mereka bekas pensel kain setiap seorang beserta alat tulis dan pensel warna. Setiap kanak-kanak ini juga saya berikan satu nombor unik yang mewakili identiti mereka bagi memudahkan mereka mengenali rak dan harta benda masing-masing. Jadi setiap barang-barang mereka ditandakan dengan nombor ID mereka. Kesimpulannaya pada hari pertama semalam walaupun prasekolah sibuk dengan pendaftaran dan pengurusan murid, segalanya berjalan dengan begitu mudah dan masa pun dirasakan berlalu dengan cepat sekali. Alhamdulillah. Untuk makluman semua, bermula tahun ini sesi prasekolah bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi setiap hari berdasarkan masa yang diperuntukkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu 4 jam.

Pengisian P&P buat masa ini juga mudah dan ringan. Saya bercadang sepanjang minggu ini saya hanya menfokuskan ke arah perkembangan motor halus dan koordinasi mata-tangan kanak-kanak ini terlebih dahulu. Ini merangkumi cara memegang pensel, membuat garisan lurus, garisan melengkung, menekap objek dan membuat bentuk-bentuk asas seperti bulat, petak, bujur dan segitiga. Memang ketara sungguh “kekerasan” jari-jari mereka semasa membuat bentuk-bentuk tersebut.

Selain itu saya juga memberi peluang untuk mereka membiasakan diri dengan persekitaran dan peraturan di dalam kelas serta mengenali sesama mereka. Kebanyakan dari mereka kelihatan sungguh malu-malu untuk bercakap, bukan sahaja dengan guru bahkan juga dengan rakan-rakan mereka.

Untuk bahan download kali ini,  saya sertakan beberapa helaian aktiviti yang menjurus ke arah perkembangan motor halus seperti menekap, melakar bentuk asas, membuat pelbagai jenis garisan dan kemahiran menggunting. Sila klik butang “DOWNLOAD” di bawah, anda akan dibawa ke satu tetingkap download.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

4 Responses to “Variasi hari kedua di sekolah dan prasekolah”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Tahniah ridzuan, perancangan yang rapi dan aktiviti yang manarik!

Baguslah kerana tidak seteruk di sini. Hari pertama sudah buang air dalam seluar.

Ha ha.. kalau dah budak2 kecik cam tu lah. Nervous dengan suasana dan persekitaran baru. Nak bagitau cikgu segan agaknya.

salam, blm terlambat kot nak ucap selamat tahun baru dan selamat bertugas…RPT dah buat ker….rasanye nak mnumpang tengok..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: