Selangkah ke 2010 dengan banjir dan lumpur

Posted on 02/01/2010. Filed under: Bicara Prasekolah, Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Tahun 2010 telah pun bermula. Alhamdullillah, bertambahlah lagi setahun umur kita semua dan syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk terus bernafas di bumi yang fana ini. Macam biasalah, tahun baru pasti datang dengan azam baru. Tak kiralah apa sekalipun azam korang walaupun sama macam azam tahun-tahun lepas, tapi itu lebih baik daripada tiada azam langsung. Tanam azam ni macam tanam pokok juga, lepas tanam kena siram kena jaga barulah pokok tu akan terus membesar dengan subur. Kalau lepas tanam terus biar je, nescaya akan rosaklah ia.

Ok, habis cerita pasal azam. Alhamdulillah pada 30 hb 12 baru-baru ni selesai sudah satu perjumpaan guru-guru prasekolah kelompok pantai di PPD Rompin untuk pembinaan rancangan tahunan berpandukan KSPK.

Alhamdulillah juga aku berjaya masuk ke Tioman dengan feri pukul 10.30 pagi semalam. Dan sekali lagi Alhamdulillah sebab dapur prasekolah aku dah selesai disusun atur setelah dicat, siap dengan tikar getah baru lagi. Terima kasih kepada Pn. Nani PPM Prasekolah, walaupun aku tahu kelas prasekolah naik juga dek banjir sikit time cuti hari tu tapi semua peralatan dalam keadaan baik dan kelas dalam keadaan tersusun, kemas dan bersih.

Sampai di Pulau Tioman, nampak sekolah dah ada perubahan sikit. Kerangka-kerangka utama bangunan baru pun dah mula nampak.

Walaubagaimanapun seperti biasa, kawasan rumah guru sementara masih dilanda banjir. Nampaknya acara membersih rumah selepas banjir ni dah jadi acara tahunan untuk penghuni rumah guru sementara di sini.  Kali ini air naik hingga ke paras peha, kalau setakat paras peha ayam mungkin cikgu-cikgu ni tak kisah sangat. Tapi ni paras peha orang dewasa tau. Bayangkan je lah bila air banjir bercampur dengan sisa kumbahan masuk rumah kemudian melekat sampai ke dinding, memang kena bersih rumah dengan air Dettol dulu la baru baru rasa confident nak duduk atau nak baring-baring sekalipun.

Suasana di rumah guru Tekek menjelang sesi baru persekolahan 2010

Banyakkan bersabar wahai rakan-rakanku tapi kalau korang tak sabar juga, korang pindah je ke rumah lain macam aku…..

Selamat tinggal dan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya bertukar; Ustaz Rusydan, Cik Rohana, dan Syed Azlan. Yang tak berjaya jangan berputus asas, teruskan mengisi borang untuk tahun 2010 ni. Tidak lupa juga setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru baru yang bakal melaksanakan tugas di SK Tekek ini.

Petang tadi, tugasan pertama untuk tahun 2010 ialah mengemas dewan untuk Hari Orientasi dan pendaftaran untuk murid tahun 1 pada hari esok. Dalam apa jua susah payah, walau meredah banjir dan lumpur  sekalipun tanggungjawab sebagai pendidik akan terus digalas.

"Eee.. anak cicak mati melekat kat siling!"

Kerusi berat tapi rileks je diorang angkat.

Ustaz Din lepas penat angkat kerusi

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

8 Responses to “Selangkah ke 2010 dengan banjir dan lumpur”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Terharu dan nostalgia saya membaca post kali ni… Masih syukur juga hanya kawasan rumah guru saja yang terkena banjir. Berbeza dengan nasib sekolah saya awal tahun 2008. Air naik semua kawasan sekolah dan rumah guru lebih 10 kaki. Semua kelas tingkat bawah dah tak nampak. Selesai banjir banyak dinding yang roboh dibawa air. Kerosakan peralatan tak usah cakap lagi… Lumpur lebih setengah kaki.
Dari jauh saya doakan agar-agar guru-guru yang terlibat banjir akan tabah menghadapi segala masalah.

Terima kasih, alhamdulillah mujurlah banjir di sini tidaklah seteruk di sana. Kalau dah lebih 10 kaki mmg betul2 banjir besar tu.

rileks ah ustaz din…sabar..

sabo je ler kpd guru2 sk tekek..

akum kepada semua warga sek keb tekek.. saya amat tertarik melihat entri ini. untuk pengetahuan, saya mengintai intai peluang untuk berkhidmat di sekolah baru. saya seorang guru bahasa inggeris dan sekarang berkhidmat di kuala lumpur. sudah 10 tahun mengajar dikawasan kota metropolitan dan ingin menabur bakti kepada anak2 bangsa di kawasan luar bandar. Sek keb tekek menarik perhatian saya! sekiranya saya memohon untuk bertukar kelak… agaknya ada atau tidak kekosongan di sek keb tekek bg guru subjek bahasa inggeris?

Elok dah di KL tu. Dari bandar besar ke pulau, kejutan budaya pulak nanti.

erks… alamak! tak boley ker? bukan apa… saje nak tukor angin.. saya ni sbenornya ‘nature lover’ mungkin le ada ‘cultre shocked’ sket kot nanti… tapi.. InsyaAllah…. ermmm… cik navy ocra ni.. mengajor kat sk tekek?

Tak berkaitan pun dengan sk tekek ni. sekadar meluahkan pendapat di hati


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: