Harapan dan Doa buat Sang Pencuri

Posted on 18/12/2009. Filed under: Jalan-Jalan | Tags: , , |

Gambar dirakam di Masjid Geliga, Kemaman semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Kalau dan sampai tahap macam ni, tak tau lagi lah nak kata apa. Ramai orang ke masjid untuk menunaikan ibadah, tapi tak kurang juga yang ke masjid untuk membuat jenayah rupanya.

Zaman sekarang ni usahkan tempat-tempat awam lain hatta masjid atau surau sekalipun bukanlah tempat yang selamat untuk diri sendiri dan harta benda lebih-lebih lagi jika berada di kedudukan yang agak sunyi terutamanya buat muslimah-muslimah yang selalu solat dengan meletak handbag di sisi. Jadi lepas ni letaklah di tempat lain ataupun pastikan ada yang orang yang dikenali menjaga barang peribadi ketika solat.

Jenayah di tempat ibadah bukanlah sekadar melibatkan kecurian handbag atau barang-barang peribadi sahaja. harta benda masjid seperti tabung masjid, sejadah, selipar, jam, buku, kepala paip, mikrofon dan macam-macam benda lagi turut dicuri. Kalau duduk di kawasan kampung selalu sangat dengar kes tabung masjid kena rompak. Mana-mana masjid yang tabung kecil tu, sekali dengan tabung-tabung kena bawa lari.

Ada orang yang masa nak ke masjid tu selipar buruk je ataupun selipar lain sebelah, silap-silap tak berselipar langsung. Tapi bila balik dari masjid je, selipar punyalah cantik yang dipakai. Kesian jemaah-jemaah masjid yang menjadi mangsa tu. Tidakkah pencuri-pencuri ini tahu bahawa orang-orang yang teraniaya ini makbul doanya?

Semoga bila pencuri ni secara tak sengaja terbaca sign board masjid ni, dengan segera dia insaf dan bertaubat. Semoga mereka akan mendapat hidayah dari Allah SWT.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Harapan dan Doa buat Sang Pencuri”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Ayat perli tuuuu kalau tak faham-faham jugak tak taulah.

Teringat zaman budak-budak dulu, selalu selipar hilang di masjid. Balik rumah menangis sebab takut mak marah selipar hilang. Sekarang bila teringat semula kisah tu rasa kelakar pula.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: