Operasi Cat Dapur

Posted on 21/11/2009. Filed under: Cerita Di Sini, Pra Buletin | Tags: |

Sejak kebelakangan ni, hujan turun tak berhenti-henti. Feri keluar pun cuma ada sekali sehari je, jadi walaupun semalam (Jumaat) hari terakhir persekolahan namun masih ramai guru-guru yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Nasib baiklah saya ada projek nak buat di sini. Bermula semalam, saya dengan dibantu oleh beberapa orang murid yang kebanyakannya tahun 6 telah memulakan operasi memunggah dapur prasekolah untuk dicat. Diharapkan selepas cat ni, suasana ni dapur prasekolah ni semakin bertambah ceria.

Selepas selesai memunggah semua barang-barang dan perabot ke ruang kelas, cat-cat lama perlu dibuang terlebih dahulu kemudian dinding dicat dengan “Undercoat” putih sebelum dicat dengan warna vanilla. Mujurlah ramai yang ringan tangan membantu jadi segala kerja ni dapat disiapkan dengan singkat.

Terima kasih kepada semua yang membantu: Faiz, Syamien, Nabil, Aiman,  Amirul, Azry, Khairul, Chew Xian Meng dan Mizi.

Bermulanya misi menceriakan dapur prasekolah!

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

6 Responses to “Operasi Cat Dapur”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Bagusnya bila budak-budak datang membantu

dah siap ke dapur ni../ bleh la tumpang makan nanti.hehehehe

air masih bertakung lg ke dkt dapur?

X lagi sebab paip dapur dah seal terus. Budak-budak basuh tangan semua kat bilik air.

bgus tol dak2 tioman nih rupenye.

Secara semulajadinya.. setiap budak-budak itu bagus sebelum dicorakkan oleh persekitaran dan orang-orang lain di sekelilingnya.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: