Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan

Posted on 20/11/2009. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , |

Hanya dua hari je lagi sesi persekolahan bagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Walau bagaimanapun masih sempat untuk pihak sekolah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk meraikan murid-murid yang cemerlang sepanjang tahun 2009 dan sekaligus menjadi satu galakan kepada murid-murid lain untuk terus mengecapi kejayaan.

Alhamdulillah, majlis dapat berlangsung dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat bermula pada pertengahan majlis.

Ibubapa yang hadir

DARI KIRI: Tn. Guru Besar dan Penghulu Tioman

DARI KIRI: 1) En. Tajudin, En. Ridzuan dan Ustaz Zaki 2) En. Nezeri dan Ustaz Risaudin 3) Ustaz Baqir dan Pn. Hasliza 4) Ustaz Zaki 5) Ustaz Baqir dan En. Widjayadi

Guru-guru dalam ruang, tugas dan masa yang berbeza

Selain memberi penghargaan kepada murid-murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam kelas. Anugerah turut diberikan kepada dua orang murid yang memperolehi keputusan tertinggi bagi setiap subjek untuk setiap tahun.

Kebanyakan anugerah ini dimonopoli oleh murid-murid dari kelas Ibnu Sina kecuali untuk matapelajaran Bahasa Arab tahun 2. Kedua-dua anugerah jatuh kepada Tahun 2 Ibnu Khaldun iaitu adik Mohd Nor Hakimi B. Ali Baba dan adik Muhd Nurharraz B. Mohd Jifral. Begitu juga dengan adik Mohd Fitri B. Sarion dari Tahun 4 Ibnu Khaldun yang memperolehi keputusan terbaik dalam BM (Penulisan)

Persembahan Bercerita dan Tarian Tradisional

Majlis diserikan dengan persembahan dari Adik Ayuni Nadiah Bt. Zahari yang menyampaikan cerita “Budak Pengembala Kambing dengan Serigala”. Tidak lupa juga persembahan istimewa dari Kumpulan Penari yang dibimbing oleh Pn. Hasliza Bt. Abd Halim.

Antara wajah-wajah yang menerima hadiah dan anugerah

Semoga sentiasa berjaya pada masa hadapan!

Antara anugerah-anugerah lain adalah Anugerah Kedatangan Penuh, Cemerlang Kokurikulum (Lelaki dan Perempuan), Cemerlang Kurikulum (Lelaki dan Perempuan), Anugerah NILAM dan Anugerah Peningkatan Prestasi Pemulihan. Semua penerima anugerah membawa pulang hadiah beserta sijil. Di samping itu sijil penghargaan turut diberikan kepada semua Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Adik Syamien yang berjaya memperolehi 5A

Penghargaan turut diberikan kepada Adik Huda yang turut memperolehi keputusan 5A

Lebih ironik lagi, pada hari ini juga murid-murid tahun enam telah mendapat keputusan UPSR masing-masing. 2 orang murid iaitu Mohd Nor Syamien B. Mansor dan Nurul Huda Bt. Aminuddin yang berjaya mendapat 5A terus diumumkan untuk menerima penghargaan dan hadiah yang telah dijanjikan dari awal tahun lagi iaitu sebuah basikal setiap seorang. Semoga kejayaan mereka akan memberikan motivasi kepada murid-murid lain untuk turut memperolehi 5A.

Guru Besar menyampaikan Cenderahati Penghargaan kepada Penghulu Mukim Tioman, En. Mohd Nor B. Hidon

Jamuan makan mengambil tempat sebagai acara penyudah

Taktala renungan berbicara...🙂

Inilah dia duta-duta batik Syarikat Batik N Bro's🙂

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Tahniah kpd guru2 thn 6 yg slama ini btungkus lumus mdidik warga skt.sipa kata guru2 skt xkomited.truskan pjuangan anda!

Kenapa banyak fokus pada guru-guru lelaki banyak? Fokus lebih sikit pada guru-guru perempuan selepas ni. BTW Tahniah kerana portal prasekolah tekek dah macam blog berita sekolah.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: