UPSR di Tekek

Posted on 18/11/2009. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , , , |

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah. Pada masa yang sama juga result UPSR sampai ke sekolah melalui faks yang dihantar oleh Cikgu Baharom (GPK 1).

Syamien menerima slip keputusannya dari Cikgu Nezeri

Tiga sinar kegembiraan

Alhamdulillah, walaupun keputusan tidaklah sehebat dan segah Gunung Nenek Semukut tetapi keputusannya boleh dibanggakan kerana ia lebih baik daripada tahun lepas baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.šŸ™‚

Adik Syamien dengan keputusan UPSR nya.

Adik Huda dengan keputusan yang diperolehinya

2 orang murid telah berjaya membawa pulang sebuah basikal setiap seorang dengan keputusan 5A iaitu Nurul Huda danĀ  Syamien. 4A 1B dirangkulĀ  wakil tunggal iaitu Azira Azianna dan wakil tunggal 4A 1C ialahĀ  Faiz. Ema dan Nisa masing-masing dengan 3A 2B. Turut menghangatkan keputusan ialah Nabil, Aiman dan Jannah dengan 2A 3B.Ā  Tahniah juga buat Amiriyah yang berjaya memperolehi 3A 1B 1C (Mullah Ustaz Azman :))

Masing-masing melihat slip yang diperolehi

Dari kiri: Haziq, Faiz, Nisa, Nabil, Alia dan Amiriah

Di saat beberapa murid tersenyum lebar dengan keputusan masing-masing. Tidak kurang juga yang menitiskan air mata saat slip keputusan di genggaman mereka. Usahlah berputus asa! Jangan terus jatuh tersungkur, bangunlah dengan segera.

Serentak dengan keputusan UPSR itu juga, pihak asrama sekolah dengan bermurah hatinya mengundang semua murid-murid tahun 6 ke Arena Makan Malam di Sri Nelayan, Berjaya bersama murid-murid asrama dan guru-guru.

Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid yang berjaya. Tahniah juga kepada semua guru-guru. Insyaallah SK Tekek akan terus mantap menjelang tahun-tahun mendatang. Perubahan memerlukan masa dan usaha berterusan. Bak kata orang ” Lagikan Empayar Rom tidak dibina dalam masa sehari”.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “UPSR di Tekek”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

jgn lupa mullah aku (amiriyah) pun dapat 3A…

Sori bro.., aku dah letakkan dah.

TAHNIAH…..& SELAMAT BERCUTI…


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: