Sejarah ‘April Fool’ dan ‘Valentine Day’

Posted on 30/10/2009. Filed under: Kongsi-kongsi | Tags: , |

Banned V

Satu wadah dari Majalah Al-Islam keluaran November 2009 untuk renungan bersama

April Fool merupakan perayaan yang dimulakan sejak kejatuhan kerajaan Islam di Andalus atau Sepanyol. Setelah bertapak lebih 500 tahun, kerajaan Islam Andalus dijatuhkan oleh tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Granada telah berlindung dalam rumah masing-masing. Namun tentera kristian tidak berpuas hati dalam usaha menghapuskan Islan di Andalus.

Mereka membuat tawaran kepada penduduk Islam untuk belayar keluar dari bumi Sepanyol, membawa barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang disediakan. Orang Islam yang kurang mempercayai janji tersebut keluar ke tepi laut untuk melihat sendiri kapal yang dimaksudkan. Setelah terbukti benar wujudnya kapal-kapal tersebut, kereka pun bersiaplah untuk keluar dari rumah masing-masing.

Pada keesokan harinya pada tarikh 1 April, mereka keluar beramai-ramai menuju ke pelabuhan.  Setelah keluar dari rumah, pihak Kristian telah masuk ke rumah-rumah mereka menggeledah dan membakar rumah-rumah tersebut. Mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana kapal-kapal itu juga telah dibakar. Tentera-tentera Kristian menyerang orang-orang Islam yang dalam perjalanan ke pelabuhan dan membunuh kesemua sekali termasuk wanita dan anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah ini kemudiannya dirayakan oleh tentera-tentera Kristian di Andalus. Malah sehingga ke hari ini setiap tahun mereka merayakan “April Fool” ini di seluruh dunia. Namun terdapat juga umat Islam yang jahil turut sama menyambutnya.

Selain itu “Valentine Day” atau hari kekasih juga ada kaitan dengan kejatuhan kerajaan Islam di Andalus. Tarikh 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan kerajaan Islam Andalus sepenuhnya apabila bandar terakhir yang dikuasai iaitu Granada jatuh ke tangan tentera Kristian. Paderi Pedro St. Valentino mengisytiharkan hari tersebut sebagai ‘hari kasih sayang’ atau Valentine Day. Valentino dianggap kekasih rakyatnya apabila berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Cardova.

Komen aku:

Walaupun terdapat beberapa percanggahan pendapat tentang kebenaran sejarah di atas jika dirujuk dari internet. Terdapat dakwaan bahawa sejarah di atas hanyalah mitos dan rekaan yang tidak diketahui asal usulnya. Tetapi jika kita fikirkan dari sudut yang lain iaitu jika sejarah ini tidak benar sekalipun, mengapa perlu kita meraikan sesuatu perayaan yang bukan perayaan kita dan tidak membawa apa-apa faedah baik kepada agama, negara mahupun diri sendiri sebaliknya hanya membawa kepada penghinaan, kebiadaban dan kemaksiatan?

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: