Sukaneka yang beraneka

Posted on 29/10/2009. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , |

Selamat sudah berlangsungnya karnival sukaneka peringkat sekolah baru-baru ni. Karnival berlangsung di Padang Kg. Tekek. Kemuncak program adalah pada hari Ahad iaitu 25 Oktober yang lalu. Walau bagaimanapun pada hari sebelumnya iaitu pada hari Khamis dan Jumaat (22 dan 23 hb) beberapa acara sukaneka telah dijalankan terlebih dahulu termasuklah acara sukaneka prasekolah.

Persediaan tempat sebelum sukaneka

Sebelum karnival sukaneka mengambil tempat, guru-guru dengan bantuan beberapa orang penduduk kampung bertungkus lumus membuat persediaan di padang seperti membuat trek, memasang bendera-bendera kecil di sekeliling trek dan padang, mendirikan khemah dan juga mendirikan tiang bendera. Cabaran yang agak besar adalah semasa menggali tiang untuk bendera kerana keadaan dalam tanah yang dipenuhi batu-batu yang telah dikambus untuk pembinaan padang. Walau apapun alah bisa tegal biasa, akhirnya 3 batang tiang bendera berjaya ditegakkan!

Acara yang berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat

Murid-murid dalam setiap rumah sukan dipecahkan kepada 3 kategori iaitu:

Kategori A : Tahun 5 dan 6

Kategori B: Tahun 3 dan 4

Kategori C: Tahun 1 dan 2

Beberapa acara yang dipertandingkan adalah bawa bola pingpong dalam sudu, pancing botol, lari bawa bola, tiup belon sampai pecah, lari ikat kaki, lari skipping, lari junjung buku dan gelecek bola.

Ustaz Azman selaku Pegawai Teknik menunjukkan teknik yang betul sebelum acara

Tn. Guru Besar menyampaikan pingat kepada para pemenang

Murid-murid bersama pingat yang berjaya diraih

"Seronoknya bersukaneka!"

1. Cikgu Kamal dengan topi cowboy 2. Cikgu Rohana and Pn. Izyani 2. Ustaz Rusydan dan Ustaz Man setia dgn alatannya 4. Gaya istimewa Cikgu Azhar 5. Posing khas Cikgu Edi sempena sukaneka 6. Ustaz Rusydan 7. Cikgu Adi yang dah abis suara 8. Ustas Din 9. Cikgu Hasliza, Ustaz Razali dan dan Cikgu Adi 9. Ustaz Baqir, Cikgu Kamal, Ustaz Zaki dan Ustaz Azman

Cikgu Azhar dan Cikgu Edi

+ As usual, most photos snapped by Cikgu Azhar with his Sony DSLR. TQ

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

4 Responses to “Sukaneka yang beraneka”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Sporting betul budak-budak ni. Seronok je jadi cikgu.

mana cikgu syed azlan..? assignment dia tak siap lagi ker? itulah…lain kali tanya cikgu edy.

Cikgu syed Azlan ada kelas kot🙂

Masa Sukaneka pun ada cikgu buat kelas? Pandai-pandai je Maksutimah


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: