Gadis yang pintar

Posted on 03/09/2009. Filed under: Slot Kelakar | Tags: , , |

Tersebutlah kisah seorang gadis yang sedang menaiki sebuah pesawat. Dia berasa sangat penat dan letih kerana baru sahaja selesai menjalankan urusan perniagaan dengan beberapa orang ahli perniagaan dan tokoh korporat. Jadi dia bercadang untuk berehat dan tidur sahaja sepanjang perjalanan ini. Oleh kerana terlalu penat, gadis ini sudah tidak kisah dengan keadaan dirinya yang kelihatan sungguh kusut dan tidak kemas.

Setelah puas mencari tempat duduknya yang bernombor 57A, akhirnya dia terus duduk berdekatan dengan seorang lelaki yang sedang membaca suratkhabar. Lelaki ini adalah seorang dekan di sebuah universiti antarabangsa dan baru sahaja memberi seminar berkenaan dengan ” Kaedah Menjana Kepintaran Diri” kepada pelajar-pelajar universiti.

Lelaki ini dari mula-mula lagi telah perasan akan kelibat gadis tersebut. Keadaan gadis tersebut yang kusut dan tidak kemas itu mengingatkannya kepada kata rakan-rakan bahawa perempuan sebegini tidak bijak dan agak bodoh dalam membuat keputusan. Lalu terlintas di fikirannya untuk mendapatkan sedikit wang dari gadis tersebut. Sambil itu bolehlah juga dia menghilangkan rasa bosannya sepanjang perjalanan ini.

“Hai cik adik.. ” dia terus menyapa gadis tersebut. “Hai…” balas gadis tersebut dengan nada yang bosan dan penat.
“Jom kita main teka-teki” dia bertanyakan gadis itu dengan selamba. “Takpe lah.. terima kasih je lah. Saya hanya nak rehat.” “Tolonglah, ini senang je. Cik adik hanya perlu jawab soalan-soalan saya. Kita soal bergilir-gilir. Kalau cik adik tak dapat jawab cik adik hanya perlu bayar saya RM 10 untuk setiap soalan. Kalau saya pulak tak dapat jawab soalan dari cik adik, saya pun akan bayar RM 10 untuk setiap soalan. Menarik kan?”

“Tak nak lah, malas lah nak fikir-fikir, saya nak tidur ni”

“Oh.. janganlah begini cik adik. Baiklah macam mana pula jika saya tak dapat jawab soalan cik adik saya akan bayar RM 500 untuk setiap soalan tapi cik adik bayar RM 10 je kalau tak dapat jawab soalan saya. Bila-bila masa je cik adik boleh berhenti main” Gadis tersebut yang dalam kepenatan itu tertarik dengan tawaran yang diberikan kepadanya. Tiba-tiba sahaja penatnya terasa hilang. Jiwanya kembali bersemangat dan mindanya kembali segar. Dia pun bersetuju dengan pelawaan lelaki tersebut.

“Baiklah, Planet Jupiter ada berapa bulan?” lelaki tersebut menanyakan soalan yang pertama. Perempuan tu terus mencapai handbagnya lalu menghulurkan RM 10 kepadanya. Lelaki itu lantas mengukirkan senyumannya.
Giliran perempuan tersebut pula menanyakan soalannya. “Apakah bendanya semasa panjat gunung kaki dia ada tiga tapi bila turun gunung kakinya jadi empat pula?

Lelaki tersebut termangu namun dia tidak mahu mengalah. Setelah puas bertanya kepada penumpang-penumpang lain yang ada dalam kapal terbang tu, tiada sesiapa pun yang tahu akan jawapannya. Dia pun mengeluarkan laptopnya dan mencari jawapan di internet namun masih buntu. Jawapannya tidak ditemui.

Setelah 2 jam mencari jawapan, lelaki itu pun mengalah. Gadis itu pun sudah tidur sepanjang 2 jam lelaki tadi mencari jawapan. Lelaki itu pun menghulurkan RM 500 kepadanya sepertimana yang dijanjikan. Gadis ini terus tersenyum manis menampakkan gigi-giginya yang putih tersusun.

“Apa jawapan untuk soalan tadi?” tanyanya dengan penuh tidak sabar. Kali ini perempuan itu terus bersandar di kerusinya lantas menghulurkan note RM 10 kepadanya. “Tak nak main dah..” katanya sambil terus menyambung tidurnya.🙂

(Adaptasi dari “The Smart Blonde”)

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

4 Responses to “Gadis yang pintar”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

ha ha ha LOL

“Lelaki ini adalah seorang dekan di sebuah universiti antarabangsa dan baru sahaja memberi seminar berkenaan dengan ” Kaedah Menjana Kepintaran Diri” kepada pelajar-pelajar universiti.” Menjana Kepintaran diri tapi diperbodohkan dengan mudah. Kelakar la.

Budak perempuan ni betullah smart. Nampak selekeh tapi otak smart.

Hebat juga gadis tersebut….dalam kepenatan pun dapat idea yang smart.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: