Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Posted on 20/08/2009. Filed under: Cerita Di Sini |

CB057526

Ramadan datang lagi. Sememangnya ketibaan Ramadan sentiasa dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Namun bagaimana dengan kita? Adakah kita juga merupakan salah seorang dari umat Islam yang bersyukur kerana berpeluang menikmati ganjaran yang disediakan Allah SWT sepanjang sepanjang bulan yang mulia ini atau berduka dan mengeluh kerana rasa tersekat dengan tuntutan untuk berpuasa dan larangan untuk melakukan perkara-perkara lain yang biasa dilakukan di siang hari?

Insyaallah..  pada malam ini pukul 8.30,  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan mengumumkan tarikh tarikh mula berpuasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia yang mana mungkin jatuh pada hari Sabtu ini 22 Ogos 2009, 1 Ramadan 1430.

Pada tahun 2009 ni, awal Ramadan jatuh pada Cuti Sekolah, biarpun satu minggu tapi ini sangat bermakna terutamanya kepada kami guru-guru pedalaman yang kebanyakannya berada jauh dari keluarga kerana berpeluang meraikan Ramadan bersama wajah-wajah tersayang.

Di kesempatan ini saya dari praskt.wordpress mengambil kesempatan untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam khususnya kepada pengunjung-pengunjung praskt.wordpress.Tunaikanlah ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Semoga kita dapat mencapai taraf berpuasa yang sempurna dan meletakkan diri kita di kalangan orang-orang yang Muttaqqin iaitu memiliki hubungan yang rapat dengan Allah.

Sekian untuk kali ini, Salam Ramadan….

p/s: Pada kali ini, sekiranya anda ingin menghantar e-kad ucapan kepada sahabat-sahabat atau ahli keluarga (hantarlah banyak-banyak pun… free of charge) sila ke link di bawah:

Hantar e-poscard Ramadan

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

tq le…..ada servis e-kad ni…

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: