NILAM Kebangsaan 2009

Posted on 02/08/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah, rasanya masih belum terlambat untuk praskt.wordpress mengucapkan tahniah kepada adik Azira Aziana Bt. Dzulkeefli dari 6 Ibnu Sina di atas kejayaannya meraih tempat ketiga untuk Tokoh NILAM Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah Pedalaman. Untuk makluman, Anugerah NILAM Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi yang boleh dicapai oleh murid yang aktif mengambil bahagian dalam Program NILAM. Kejayaan mereka menjadi simbol kejayaan Program NILAM di sekolah, daerah dan negeri.

Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2009 telah pun berlangsung di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Hingga 15 Julai 2009. Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Hj Alimuddin Bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga kepada Guru Pembimbing Pn. Hasliza Bt. Ab. Halim dan Pn. Daria Bt. A. Razak di atas usaha mereka  yang begitu cemerlang sekali.

Adik Azira berharap semoga kejayaannya dapat menggembirakan ibunya Pn. Azizah dan dapat mengharumkan nama SK Tekek yang banyak mengajar beliau erti kehidupan dan mematangkannya. Semoga kejayaan yang diperolehi oleh adik Azira Aziana ini dapat dijadikan inspirasi kepada anak-anak didik SK Tekek yang lain untuk terus memperolehi kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

4 Responses to “NILAM Kebangsaan 2009”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

tahniah ats kesungguhan cikgu2 d sna
tanpa skongan dan krjsama padu.,,kejayaan xkan dtg bergolek

Tahniah atas pencapaian yang diperolehi

Lama dah tak berkunjung ke sini, apapun SK Tekek, Tahniah!

tahniah!!! sk tekek sudah maju berbanding dahulu saya berasa bangga
kerana pernah bersekolah di sk tekek,,,


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: