Banjir Melanda Lagi

Posted on 25/06/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: , , , , |

Pada mulanya hari ni aku bercadang nak letakkan entry mengenai kursus Guru-guru prasekolah Rompin di Terengganu dan juga kunjunganku ke prasekolah di SK Rompin (Prasekolah Jauhari dan Prasekolah Bestari) dan Pra Satria SK Janglau semalam tetapi hasratku tak dapat diteruskan kerana entryku pada kali ini adalah mengenai banjir yang melanda di SK Tekek dan penempatan rumah guru sementara.

Jika dalam entry Bila Hujan Melanda sebelum ini, banjir yang melanda hanya setakat melemaskan ibu jari kaki dan buku lali dan terhad pada sesetengah kawasan sekolah sahaja, banjir kali ini berjaya menenggelamkan keseluruhan kawasan tanah sekolah. Banjir semakin teruk dan berlaku dengan begitu pantas sekali terutamanya sejak kerja-kerja pembinaan sekolah baru dijalankan.

Kawasan perhimpunan

Kawasan perhimpunan

Koridor yang dinaiki air

Koridor yang dinaiki air

Difahamkan banjir berlaku dengan begitu pantas bermula dari kelas prasekolah yang berada di hujung bangunan dan beransur-ansur melimpah ke bilik guru dan seterusnya ke seluruh kawasan sekolah. Apa yang lebih ironik adalah kejadian ini berlaku ketika sesi persekolahan sedang berlangsung. Jadi, bayangkan je lah Banjir + Murid=? dapat jawapan apa..

Kerja-kerja pemindahan motor giat dijalankan

Kerja-kerja pemindahan motor giat dijalankan

Kawasan hadapan rumah guru

Kawasan hadapan rumah guru

Kawasan dalam rumah

Kawasan dalam rumah

Pada masa yang sama ketika air sedang melimpahi kawasan sekolah, kawasan penempatan rumah guru sementara (yang aku namakan De Banjir Famosa– Built for teacher) yang terletak agak jauh dari kawasan sekolah turut dilanda air. Masa tu pula, air laut sedang pasang… jadi bertambah-tambah cepat banjir menenggelamkan kesepuluh-sepuluh unit rumah guru yang ada berserta dengan segala harta benda yang terletak bawah paras betis. Aku pula masa tu sedang on the way nak ke Tioman lepas balik dari Kursus Pemantapan Kurikulum Prasekolah di Terengganu, jadi pakaian-pakaian aku yang dalam raga sekali dengan lengkapan tidur malam aku habis digauli oleh air bah. Dianggarkan purata kerugian bagi setiap rumah adalah lebih kurang RM 2000 dan report polis telah pun dibuat oleh ketua rumah. Antara perkakasan yang rosak adalah laptop, mesin basuh, handphone, peti ais, decoder astro, motorsikal, buku-buku, pakaian, kasut, periuk nasi, dan peralatan-peralatan lain.

Antara peralatan yang tidak sempat diselamatkan

Antara peralatan yang tidak sempat diselamatkan

Lesson Plan yang tidak berdosa turut menjadi mangsa

Lesson Plan yang tidak berdosa turut menjadi mangsa

Kamus Bergambar Terbaru yang sudah tidak lagi baru

Kamus Bergambar Terbaru yang sudah tidak lagi baru

Kami semua yang tinggal di sini tahu selepas ini perkara yang sama akan tetap berlaku lagi bahkan mungkin lebih teruk lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh pada hujung tahun. Apatah lagi kawasan rumah guru sementara yang dibina memang dah dibina tanpa tiang di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai kawasan banjir. Kawasan rumahnya pun dibina lebih rendah dari aras jalan. Tapi nak buat macam mana memandangkan kawasan di Tioman ni terhad. Redha je lah… Jadi kalau hujan berterusan lebat.. insyaallah banjir. Semasa entry ini selesai ditulis.. semua mangsa banjir masih belum selesai membersihkan rumah-rumah mereka.

Bilik Guru sejurus selepas banjir

Bilik Guru sejurus selepas banjir

Ampaian yang dipenuhi dengan segala benda

Ampaian yang dipenuhi dengan segala benda

Adakah tikar ini akan terus ditelenggami air pada masa depan?

Adakah tikar ini akan terus lemas lagi pada masa depan?

Berat mata memandang

Berat mata memandang

Tetapi walau apapun yang berlaku pada kami guru-guru pulau, agenda mendidik anak-anak Pulau Tioman tetap diteruskan..!

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Banjir Melanda Lagi”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

takziah bro..apa2 hal teruskan usaha mendidik anak bangsamu..:)

Tq.. Tq.. ni perli ke apa ni. Ha ha… :)Kalau ada gambar banjir lagi, send kat aku k..

sabar la bro.itu asam garam kita sbg pendidik ank bangsa.apa2 pun slmt maju jaya.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: