Mesyuarat SPPK

Posted on 21/05/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Jalan-Jalan |

Pada tarikh 17-20 Mei baru-baru ni, aku dan empat orang guru dari SK Tekek iaitu Cikgu Baharom (GPK 1), Edi, Siti dan Izyani telah menghadiri Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Program Rintis (Panjang sungguh nama meeting ni..) yang berlangsung di Grand Continental, Kuantan. Program merupakan anjuran Lembaga Peperiksaan.

Semua peserta khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.

Semua peserta khusyuk mendengar penerangan yang diberikan.

Semasa sesi perbengkelan

Semasa sesi perbengkelan

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh lebih dari 40 buah sekolah sekitar Negeri Pahang iaitu sebahagian dari 500 buah sekolah yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk SPPK yang bakal bermula pada tahun hadapan (2010), bermula dengan murid prasekolah dan Tahun 1.

Jika selama ni tahap prestasi seseorang pelajar itu hanya dinilai berdasarkan peperiksaan sahaja (exam oriented), segala-galanya bakal berubah melalui pelaksanaan SPPK kerana pelajar dinilai secara holistik iaitu dari aspek rohani, jasmani, dan emosi termasuk pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum dan extrakurikulum.

Cikgu Edi yang penuh gaya..

Cikgu Edi yang penuh gaya..

Swimming pool di sebelah Dewan Taklimat

Swimming pool di sebelah Dewan Taklimat

Untuk prasekolah, kanak-kanak akan dinilai 70% Pentaksiran Sekolah (PS) dan 30% Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ)

Kepada guru-guru yang datang mesyuarat hari tu tapi tak sempat nak ambil bahan presentation, di sini saya dah upload bahan berkenaan. Bahan telah dizipkan untuk memudahkan proses upload dan download (.zip). Hanya perlu klik pada link yang disediakan. Satu tetingkap baru akan dibuka dan teruskan dengan langkah seterusnya.

download

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

8 Responses to “Mesyuarat SPPK”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Wah… Cikgu Edi cukup bergaya dengan kod dan jam tag heur nya..

Hebatnya kamu Rahim, boleh nampak jam dia jenama tag heur

Tak nampak pun admin dalam mesyuarat? Apa-apapun tahniah kerana terlibat dalam dasar pendidikan kebangsaan. Tahniaah…

Cikgu Edy sememangnya bergaya. Tak salahlah dia terpilih untuk mengajar tahun 6. Tapi kalau pakai kacamata tentu lebih segak. Macam Lan….hihihi

Sape Lan?

Salam,

Sekolah saya pun terpilih utk program rintis SPPK ni bagi Negeri Sembilan. So bole le tukar2 idea ye

insyaallah… Marilah kita komuniti guru prasekolah bantu-membantu antara satu sama lain

Guano gu.handsome nampak.cayalah cikgu edy.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: