HAPPY TEACHER’S DAY!

Posted on 16/05/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini | Tags: |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua rakan-rakan guru di seluruh Malaysia yang sedang melayari blog ini terutamanya rakan-rakan di SK Tekek, tidak lupa juga guru-guru yang pernah mendidik aku sehingga terbentuknya aku pada hari ini. Istimewa juga kepada kedua-dua ibu dan bapaku yang merupakan sumber aspirasiku. Aku mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” Semoga Tuhan menganugerahkan rezeki yang melimpah-ruah dan nikmat kehidupan yang penuh barakah di dunia dan di akhirat.

Untuk pengetahuan mengapakah di Malaysia tarikh 16 Mei dipilih sebagai hari guru? Apa yang istimewanya 16 Mei ini jika dibandingkan dengan hari-hari lain? Ini adalah kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut ialah “Laporan Razak” dan telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. (sumber: emoe.gov.my)

Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu. Tema yang dipilih untuk tahun 2009 adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”

Di kebanyakan negara di seluruh dunia, Hari Guru merupakan hari yang dikhususkan bagi mengenang jasa-jasa guru dan golongan pendidik. Sesetengah negara menyambut dalam cuti dan ada juga yang menyambut ketika hari bekerja. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Guru bagi berbeza-beza bagi setiap negara. Contohnya di bagi negara-negara jiran kita Singapora menyambut Hari Guru pada 1 September (diistiharkan cuti sekolah),  Indonesia pada 25 November (tidak diisytiharkan sebagai cuti sekolah),  Filipina – 5 Oktober, Thailand – 16 Januari.

Download Perutusan Hari Guru

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Menteri Pelajaran Malaysia

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Download lagu di atas

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

6 Responses to “HAPPY TEACHER’S DAY!”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Khas untuk guru-guru SK Tekek, Selamat Hari Guru. 4 Admin ridzuanriza, semoga praskt.wordpress terus mantap.

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada semua guru-guru pulau. Didiklah murid-murid pulau sehingga menempuh kecemerlangan!

Assalamualaikum buat admin dan semua,

Wishing all teachers all over Malaysia a “Happy Teachers Day”, Tomorrow Never Die

Selamat Hari Guru pada semua warga Sekolah Tekek. Semoga ceria selalu

Terima kasih di atas sokongan semua.. Doakan kejayaan kami semua di sini.

Satu informasi hari guru yang menarik, Selamat Hari Guru. Keep up good effort!


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: