Kreativiti Dalam Mendisiplinkan Kanak-Kanak

Posted on 12/04/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Kongsi-kongsi | Tags: , , , |

Assalamualaikum dan salam sejahtera, istilah “kanak-kanak” dan “nakal” merupakan satu gandingan yang tidak dapat dipisahkan lagi. Normal bagi seorang kanak-kanak untuk nakal tetapi seorang guru perlu bertindak secara efektif bagi mengawal tahap kenakalan mereka. Apakah rahsia atau teknik  masyarakat melayu sebelum ini dalam mendidik dan membentuk anak mereka? Penulisan ini mungkin mampu memberikan anda ilham.

Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall.

Masyarakat Melayu kita mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka.Berdasarkan kajian, kaedah yang digunakan dalam mandidik anak-anak Melayu secara lisan dalam masyarakat Melayu tradisional dan kontemporari termasuk 13 jenis item iaitu:

  1. mengertak
  2. menasihat
  3. memarahi
  4. menjanjikan sesuatu ganjaran yang menarik
  5. melarang
  6. merayu
  7. mengajar
  8. menggunakan peribahasa
  9. memuji
  10. memaksa
  11. menggunakan cerita-cerita tauladan seperti Si Tenggang
  12. mengusik
  13. menggunakan pantun

untuk mengajar dan menasihati anak-anak. Kepelbagaian cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuktikan bahawa mereka sangat kreatif dalam menangani masalah ketidak matangan pemikiran anak-anak dan pembinaan keperibadian mereka.

Kategori kaedah-kaedah ini boleh dikelaskan kepada dua kelompok:

  1. Kaedah negatif- memarahi, memerintah dan mengugut anak agar mengikut kehendak ibu bapa
  2. Kaedah positif-memberi nasihat, berjenaka, menunjuk ajar, menggunakan pantun dan cerita tauladan yang lebih menjurus kepada memujuk, menarik perhatian anak atau memberi penerangan mengapa mereka harus melakukan sesuatu

Pendisiplinan anak-anak selalunya berlaku secara sepontan. Misalnya, seorang bapa melihat anaknya bermain dengan pisau, bapanya terus mengatakan sesuatu kepada anak itu supaya berhenti daripada bermain sebelum terluka atau tercedera. Masa yang singkat sangat diperlukan dalam memilih disiplin yang sesuai. Maka, nilai kreativiti amat penting dalam menangani masalah dengan cepat dan tepat. Ini merupakan contoh yang menunjukkan cara mendisiplinkan anak secara lisan dalam masyarakat Melayu mempunyai kreativiti tersendiri.


Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Kreativiti Dalam Mendisiplinkan Kanak-Kanak”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Assalamualaikum cikgu,
terima kasih banyak maklumat yg cikgu bagi.. sy risau praktikal bln dpn nak handle murid prasek, tq.

Walaikumussalam Fairus.. semoga berjaya sepanjang praktikal.. Tak payah risau sangat. This is the time to put all the theory into practical..🙂


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: