Apabila anak bertanya tentang “burung” dan “bunga”

Posted on 31/01/2009. Filed under: Berita dan Rencana | Tags: |

  

 

Naluri ingin tahun kanak-kanak

Naluri ingin tahun kanak-kanak

Oleh Noor Fazrina Kamal

APABILA si kecil anda yang baru pandai bercakap, ghairah bertanya itu dan ini, tiba-tiba menanyakan soalan tentang ‘burungnya’ atau ‘bunganya’ (alat sulit), apa agaknya reaksi sepontan anda?

Soalan ini juga diajukan seorang kenalan apabila anak perempuannya yang baru mencecah dua tahun mula bertanya tentang fungsi alat sulit dan pelbagai soalan lagi berkenaan organ seks berkenaan.

Dilema yang dihadapi oleh si ibu tersebut ialah apabila hendak menerangkan dengan cara baik agar ia menjadi satu informasi kepada si anak.

Sebagaimana kebanyakan ibu lain, kenalan penulis itu tidak pasti bagaimanakah cara yang paling sesuai, memandangkan masyarakat Melayu agak tabu dengan situasi berkaitan seksual.

Jangan gusar, panduan yang diberikan oleh pakar psikologi pembesaran daripada babycenter.com, Susanne Ayers Denham, mungkin mampu membantu ibu-ibu yang berdepan dengan situasi sepontan ini.

Jelas beliau, tiada apa yang perlu dirisaukan, sebaliknya mereka hanya perlu memastikan jawapan yang diberi ringkas dan manis.

Mengenal dunia

Si ibu perlu ingat, anak mereka adalah insan yang baru mengenal dunia, justeru apa sahaja maklumat yang diberikan kepada anak itu akan diterimanya secara terus.

Memang diakui ada ibu bapa yang tiba-tiba berasa panik apabila anak kecil mereka bertanyakan soalan berkaitan alat seksual mereka.

Sebenarnya menurut Denham, keinginan anak untuk mengetahui tentang alat sulit tidak ada bezanya dengan soalan mereka tentang mata, telinga, kaki, hidung dan bahagian anggota lain.

Soalan mereka adalah soalan lazim yang menunjukkan sifat ingin tahu semula jadi kanak-kanak.

Jadi, daripada mereka mengetahui tentang bahagian sulit daripada orang lain, lebih baik ibu bapa sendiri yang mengajar tentangnya.

Mungkin ada ibu bapa yang bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menjawabnya?

Mudah saja, terus kepada jawapan dan yakinlah dengan jawapan itu. Mulakan dengan tunjukkan bahagian tubuh lain seperti siku dan lutut, kemudian berikan nama anatomi yang betul untuk alat sulit seperti vagina dan zakar.

Perlu juga diingatkan agar jangan menggunakan perkataan simbolik yang berbaur lucu atau perkataan yang agak bodoh.

Penggunaan perkataan seperti itu hanya akan membuatkan anak lebih keliru dan lebih teruk lagi akan membuatkan isu mengenali alat sulit menjadi lebih rumit buat ibu bapa juga.

Jika anak bertanyakan tentang fungsi alat sulit itu pula, jawapan haruslah begini, katakan kepada mereka bahagian itu digunakan untuk ke tandas, membuang air kecil atau air besar.

Anak anda juga pasti akan menimbulkan soalan mengapa alat sulitnya berbeza dengan abangnya atau adiknya.

Berikan jawapan kepada anak dengan mengatakan setiap ciptaan Tuhan itu unik. Ambil contoh seperti rakan karib anak anda yang memiliki anak mata biru dan anak anda pula bermata coklat.

Contoh lain seperti, hidung nenek lebih kecil daripada hidung datuk dan sebagainya.

Sememangnya alat sulit budak lelaki berbeza dengan perempuan, jadikan perkara itu mudah, jika anda tidak menjadikan ia satu perkara yang memalukan, anak anda juga pasti boleh menerimanya dengan baik.

Menyentuh

Bagaimana pula jika anak bertindak memegang alat sulit mereka di depan orang ramai?

Denham berpendapat, pertama sekali ibu bapa tidak perlu cemas.

Kanak-kanak sememangnya mempunyai sifat ingin tahu tentang segalanya termasuk tubuh badan mereka.

Apa yang penting mereka perlu diberi tunjuk ajar tentang perbuatan mereka dalam suasana yang lebih tertutup.

Pada umur tersebut, sentuhan seperti itu bukanlah ada kena mengena dengan keinginan seks tetapi lebih menjurus ke arah punca dan akibat.

Benar, mungkin anak berasa seronok menyentuh alat sulit mereka (memang jarang diperbincangkan, anak yang belum mencapai akil baligh tidak berasa sensasi apabila menyentuh alat sulit mereka sendiri).

Beri tahu kepada anak bahawa apa yang mereka lakukan itu membuatkan mereka selesa, namun ia tidak sopan dibuat di hadapan orang ramai.

Sebagai analogi, boleh memberi contoh bahawa anda atau suami perlukan ruang sendiri ketika mandi atau menggunakan tandas untuk membuang air.

Anda juga boleh menggunakan tanda-tanda ringkas atau kod kata khas untuk menarik perhatian anak sekiranya dia terlupa dan menyentuh alat sulitnya di depan orang ramai.

Namun, sekiranya tabiat memegang alat sulit itu tidak berhenti, lebih baik membawa anak anda ke klinik kanak-kanak supaya dapat dipastikan adakah anak anda menyentuh alat sulit kerana sakit di bahagian itu atau ada jangkitan kuman pada saluran kencingnya.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Apabila anak bertanya tentang “burung” dan “bunga””

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Terima kasih atas informasi yang sangat berguna.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: