Kesatuan Guru Tolak 7 Pilihan PPSMI

Posted on 20/12/2008. Filed under: Berita dan Rencana | Tags: |

JERANTUT: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menolak ketetapan dibuat dalam Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.

Presidennya, Mohamad Sabri Mohamad Arsad, berkata tujuh pilihan itu menjadi semakin keliru dan menyukarkan semua pihak untuk membuat pilihan.

“Kita mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa teras untuk memudahkan pelajar mempelajari kedua-dua subjek itu tanpa kekangan bahasa.

Dua subjek itu membebankan dan ditambah pula dengan masalah bahasa akan menjadikan bebanan berganda kepada pelajar, sekali gus menyebabkan mereka terus keciciran,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohamad Sabri berkata, tujuh pilihan disediakan itu seolah-olah tidak memberi peluang dan ruang untuk rakyat memilih kerana semuanya turut menjurus ke arah mahu mengadakan pengajaran dalam bahasa Inggeris.

Katanya, antara masalah dikenal pasti ialah kemahiran guru dalam bahasa Inggeris untuk mengajar dua subjek berkenaan adalah terhad dan ia bakal memberi masalah kepada murid.

“Perkara ini menjadi lebih kritikal di pedalaman, malah keluarga di bandar juga menghadapi masalah sama jika bahasa Inggeris bukan bahasa harian mereka.

“Jadikanlah pemansuhan tulisan Jawi di sekolah rendah pada 60-an sebagai iktibar kerana kesannya kepada generasi sekarang menyebabkan mereka tidak boleh menulis dan membaca jawi dengan lancar sehingga akhbar jawi terus ditutup,” katanya.

Mohamad Sabri berkata, peratusan pelajar yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang juga masih rendah, berbanding mereka yang berada di negara ini.

“Jika kita mahu menghantar pelajar ke luar negara, mereka perlu menghadiri kelas khas atau persediaan seperti diamalkan sebelum ini dan mampu berjaya cemerlang di luar negara.

“Jadi, alasan pengajaran dalam bahasa Inggeris itu untuk menyaingi dan selari dengan keperluan global adalah tidak patriotik sekali,” katanya.

Beliau juga menyokong pendapat Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang mahukan bahasa Melayu kekal dalam subjek berkenaan.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Kesatuan Guru Tolak 7 Pilihan PPSMI”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Benar kata Mantan Perdana Menteri ‘orang Melayu mudah lupa’.Dah tau B.Melayu penting untuk anak bangsa kenapa nak guna B.Inggeris.Adalah lebih baik guna B.Melayu.Apa yang penting disini ialah pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan B.Melayu bukan bahasa Inggeris.Apa yang di tekankan oleh orang yang tak perlu kita hormat di parlimen tuu telah memanipulasikan maksud dan erti sebenar apa yang rakyat kehendaki.Maklumlah mereka tuu belajar undang-undang diluar negara,di negara Barat,lepas tuu mereka ganti penjajah Inggeris dan menjajah bangsa sendiri. Tambahan lagi mereka nii golongan berada.Cakap bahasa Inggeris setiap hari.Most of them have an english essence.Their slang,seperti kata Dr.Nordin Selat dalam bukunya ‘Kelas Menengah Pentadbir Melayu’.Mereka ini ‘golongan politik’bukan hanya merosakkan kampong halaman,negeri dan kota tetapi termasuk sukan,pembangunan,jalanraya,kebun dan tanah orang termasuk juga negara kita yang tercinta.

Bukan ke mantan PM kita tu yg perkenalkan PPSMI tu?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: