Salam Ramadhan

Posted on 01/09/2008. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: |

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37; http://hadith.al-islam.com%5D

Sempena meraikan 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429, Salam Ramadhan saya ucapkan kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada pengunjung-pengunjung blog tidak kira di mana anda berada. Semoga Ramadhan 2008 ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun lepas dan lebih dihayati.

Download Jadual Waktu Berbuka Seluruh Malaysia

Saya juga mengambil peluang di sini untuk memuatnaik ebook panduan solat tarawikh yang diterbitkan oleh JAKIM untuk panduan dan kebaikan kita bersama sepertimana seruan Junjungan besar kita menerusi hadisnya:

” Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” Daripada Abu Hurairah r.a (Riwayat Muslim)

Download panduan Solat Tarawikh Lengkap

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: