Sejarah Pulau Tioman

Posted on 15/05/2008. Filed under: Berita dan Rencana | Tags: , |

tioman

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak 32 km dari pesisir pantai Semenanjung Malaysia terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Berkeluasan kira-kira 39 km panjang dan 12 km lebar. Terdiri daripada 8 buah kampung utama dan yang terbesar adalah Kampung Tekek.

Kawasan pulaunya diliputi dengan hutan tebal dan kawasan perairannya dipenuhi dengan khazanah terumbu karang menjadikan kawasan pulau tioman sebagai syurga bagi kaki-kaki selam. Filem South Pacific ( 1958 ) menggambarkan kawasan pantainya sebagai Bali Hai. Pada tahun 1970 majalah TIME telah memilih Pulau Tioman sebagai antara pulau tercantik di dunia.

Selain dari pelbagai jenis hidupan marin. Kawasan hutan hujannya yang berkeluasan kira-kira 12, 383 hektar telah diwartakan sebagai rizab negara. Antara pelbagai jenis hidupan mamalia lindungan yang terdapat di pulau ini termasuklah dari spesies kucing hutan, monyet, tupai, pelanduk dan landak. Dianggarkan 45 spesies mamalia dan 138 spesies burung boleh didapati di sini.

Sejarah mencatatkan bahawa kawasan Pulau Tioman merupakan kawasan persinggahan nelayan-nelayan pada ribuan tahun dahulu dan sebagai rujukan utama ketika pelayaran selain sebagai sumber bekalan air bersih dan kayu-kayan. Pada masa itu juga Pulau Tioman bertindak sebagai pusat bagi kapal-kapal dagang dari China, Arab dan Eropah. Sejarah dalam tempoh terdekat juga mencatatkan Tioman bertindak sebagai pusat oleh British dan Jepun semasa Perang Dunia Ke -2 dan antara sisa-sisa perang yang masih terdapat di kawasan perairan Tioman termasuklah kapal HMS Repulse dan HMS Prince of Wales.

Sumber: Wikipedia

panuba

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Sejarah Pulau Tioman”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Maaf, ini jew kew yg b’sejarah sngt ?? tkdew kew cerita pnjng2 lgy ???

betul tu

xmenarik r! simple


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: