Kem Ibadah Asrama (KIAS 2008)

Posted on 05/05/2008. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , |

Satu Kem Ibadah Asrama ( KIAS 2008 ) telah berlangsung bermula dari 2hb hingga 4hb Mei 2008. Program disertai oleh 63 orang murid asrama SK Tekek. “Membina Generasi Tarbawi” merupakan slogan KIAS 2008 bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni dan islamiah kepada peserta.

Sepanjang program dijalankan para peserta didedahkan dengan pelbagai program seperti Sesi Taaruf dan syahadah, slot wudhuk, slot bacaaan solat, slot perlakuan solat, aktiviti kembara, persembahan berkumpulan dan slot motivasi.

En. Tajudin B. Hj Samah yang merupakan Waden Asrama SK Tekek bertindak sebagai penyelaras program dan dibantu oleh guru-guru lain yang bertindak sebagai fasilitator.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: