Murid kecewa UPSR dipercayai bunuh diri

Posted on 22/11/2007. Filed under: Berita dan Rencana | Tags: , , |

NIBONG TEBAL 18 Nov — Dalam kegembiraan murid-murid dengan kejayaan cemerlang mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, terdapat juga murid yang sedih dengan keputusan mereka yang tidak memuaskan. Inilah yang dialami oleh S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah dekat sini.

Dia yang sebelum ini menjangkakan untuk mendapat 4 A hanya memperolehi 4 B, 2 C dan 1 D.

Semalam, tanpa diduga oleh keluarganya, Subashini dijumpai tergantung pada jeriji tingkap bilik tidurnya dengan sehelai kain selimut.

Anak kedua dari lima beradik ditemui oleh kakaknya selepas dia didapati tidak keluar bermain-main dengan adik beradiknya yang lain.

“Pagi itu dia macam biasa, makan bersama kami, kemudian dia tengok televisyen dan bermain-main dengan adik-adiknya.

“Kira-kira pukul 1.40 petang, kakak dia masuk bilik dan nampak dia tergantung dengan kain selimut di tingkap. Tapi masa itu dia masih bernyawa lagi lalu kami terus bawa dia ke Hospital Sungai Bakap,” kata bapanya G. Sivakumar, 36, di rumahnya di kuaters Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Changkat, Sungai Jawi di sini hari ini.

Sivakumar, pekerja rendah awam PBAPP berkata, ketika kejadian beliau di tempat kerja, bagaimanapun isterinya berada di rumah bersama anak-anaknya yang lain.

Katanya, selepas mendapat keputusan UPSR pada 15 Nov lepas, Subashini kelihatan murung dan sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan iaitu sekurang-kurangnya 4 A.

“Tapi saya tidak marah dia, saya beritahu dia keputusan itu sudah cukup baik kerana dia ambil tujuh mata pelajaran dan saya berjanji untuk berikan dia tuisyen Bahasa Malaysia tahun depan.

“Saya juga janji untuk beri satu cincin untuk setiap A yang dia dapat sebagai semangat untuk dia berusaha.

“Selepas hari itu dia nampak normal dan ceria macam biasa tetapi tidak sangka dia boleh ambil tindakan nekad dengan menggantung dirinya, saya cukup sedih dan terkejut dengan tindakannya,” kata Sivakumar.

Beliau turut kesal kerana pihak hospital lambat memberi rawatan kepada anaknya dengan hanya dimasukkan ke wad biasa dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan.

“Waktu anak saya sampai ke hospital, dia masih hidup tetapi pihak hospital tidak buat sebarang tindakan.

“Anak saya di bawa pula ke Hospital Seberang Jaya kemudiannya tetapi masih juga tidak mendapat rawatan sehinggalah pukul 2 pagi apabila anak saya semakin kritikal barulah pihak hospital beri rawatan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 4.05 pagi tadi. -Bernama

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: