2011: Sambutan Nuzul Quran dan Majlis Khatam Quran

Alhamdulillah.. program ini telah berjalan dengan jayanya pagi tadi. Bermula dengan Sambutan Nuzul Quran seawal jam 8.00 pagi denganĀ pengisian tazkirah dari En. Lelehadri B. Mohd Zain (GPK 1) dan Ustaz Rahim B. Abd Hamid (Guru JQaf).
Majlis Khatam Quran mengambil tempat sejurus selepas berakhirnya Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Tekek, En. Abd Hafaz B. Abdul Hamid. Bacaan ayat Al-Quran diketuai oleh Ustaz Norbaqir B. Md Yusof (Guru JQaf).
Di akhir majlis, sebelum pulang pihak sekolah menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua murid-murid SK Tekek.
Gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis.

Persediaan di awal majlis

Buat julung kalinya program dijalankan di kantin sekolah.

En. Lelehadri (kiri) dan Ustaz Rahim ketika menyampaikan tazkirah

Kuiz dikendalikan oleh Cikgu Izyani

Wajah-wajah tulus




Cenderahati disampaikan kepada murid-murid yang telah khatam Al Quran




Sumbangan Duit Raya

Teacher Sofya bersama peminat-peminat ciliknya.



Cantik kantin baru, budak semuanya nampak bersemangat. Tahniah sebab sk tekek nampak semakin ceria dan guru-gurunya pun semangatttttttttttttttt.
Ex-SKT
26/08/2011
Gambo ustaz baqir depan sekali. Hik hik.. semua tu katam ke?
syukran
28/08/2011