Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Acara ini diadakan bersempena dengan Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang diadakan di Padang Dataran Perbandaran Taiping Perak semalam. Pelancaran dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia melibatkan kirakira 3.5 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah seluruh negara dan diadakan serentak sebagai simbol kepada pelancaran dasar 1M1S. Larian ini juga adalah usaha untuk melakar rekod “Penyertaan Murid Sekolah Paling Ramai Serentak Dalam Larian”
Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang disertai oleh murid-murid SK Tekek dan SMK Tekek telah selamat berlangsung pada hari semalam 2 Julai 2011 (Sabtu). Lebih menarik lagi larian turut disertai oleh ibubapa dan guru. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai dari PPD Rompin iaitu En. Othman B. Sairi dan En. Esam B. Yahya.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dengan selamat dan lancar khususnya semua guru dan staff SK dan SMK serta ibu bapa. Terima kasih juga kepada pihak polis Pulau Tioman dan anggota pengawal keselamatan atas segala komitmen yang ditunjukkan dalam menjaga lalulintas dan keselamatan semua peserta.
Download Panduan Pelaksanaan 1Murid 1Sukan





Sebahagian peserta dari kalangan ibubapa yang menyertai larian


Ustaz Baqir mengetuai bacaan doa


Sesi Regangan oleh Cikgu Shamsul

Tn. Guru Besar, Hj Mohd Nasaha B. Ab. Manan




Generasi Pemimpin Masa Hadapan








Ustaz Azman dan En. Hafaz













En. Zulkarnain B. Bakar (GPK KO)


Superb betul, sekolah aku punya aku nak upload dalam facebook pun tak sempat-sempat lagi. Kau siap edit sekali ngan entry lagi. Terimalah tabik spring daripada aku. Toing-toing..~
Rustam
03/07/2011
Tq for visiting Rustam. And tq for the salute.. he he.
tekekpreschool
03/07/2011
Mantap lah.. tahniah!
EX-SKT
28/07/2011
1 Murid 1 Sukan, sejauh mana keberkesanannya..?
Norhuda
08/03/2012