2011: Selamat Hari Guru
Sambutan berlangsung pada 20 Mei lalu, walaupun dah kira lewat sikit dari 16 Mei tapi alhamdulillah majlis yang sederhana ini dapat berlangsung dengan baik. Majlis dirasmi oleh Guru Besar, Tn. Hj Md Nasaha B. Ab Manan.
Kali ni bukan sahaja gambar2 menarik yang akan dikongsikan tapi juga videoklip lagu tema versi SK Tekek dan yang paling istimewa ialah dedikasi murid-murid SK Tekek buat guru-guru mereka. Video ini telah ditayangkan semasa perasmian oleh Tn. Guru Besar.
Terima kasih kepada semua murid-murid yang memberikan kerjasama dalam menjayakan video ini. Begitu juga juga kepada semua guru-guru dan kakitangan cukup sporting sepanjang sesi fotografi ini dan menyumbang usaha dalam menjayakan majlis.












Menarik, terbaik dari pulau!
Cikgu Halimunan
29/05/2011
Cute je budak-budak semua dalam video buat ucapan tu. So nice effort to came up with that video. Selamat Hari Guru and best of luck this year!
Rahimah Abd Rahim
30/05/2011
Macam biasa dengar je sound track untuk video wish hari guru tu. Really nice video. Sayang sekolah kita xde cikgu yang berbakat nak buat video cenggini.
Cikgu Yus
30/05/2011
Ha ha… EX UiTM ke? soundtrack video ucapan tu guna rentak lagu uitm- Wawasan Setia Pelajar.
P/S: Org yang buat video ni bukanlah berbakat sangat pun. Buat je setakat yang boleh.
tekekpreschool
01/06/2011
Mabelos video. Keep up good effort!
Kak Rubi
02/06/2011
Tq Kak Rubi
tekekpreschool
07/06/2011
Luar biasa! cikgu dan anak murid sekolah u all sangat sporting
Norhuda
08/03/2012
Assalamualaikum Admin,
Saya sangat tertarik dengan kedua-dua video yang telah dihasilkan. Boleh tau saudara gunakan perisian apa kerana saya sangat berminat untuk mempelajarinya.
Bakhtiar
12/03/2012
Tuan admin yang dihormati, soalan saya x berjawab pun. Saya sangat hargai sekiranya soalan saya dijawab oleh tuan atau dari mana-mana pasukan web. Bukankan sharing is caring. Semoga prasekolah tekek terus maju! sekian.
Bakhtiar
15/03/2012
Saudara Baktiar, kedua-dua video di atas dihasilkan dengan menggunakan power director. Tapi sebelum tu kebanyakan gambar2 tu dimanipulasi dgn menggunakan adobe lightroom dan photoshop terlebih dahulu.
Buat pengetahuan saudara baktiar, saya dah bertukar ke sekolah lain sejak awal 2012. Jadi blog ini tidak lagi saya kendalikan. Untuk mengikuti idea saya dan maklumat prasekolah sila berkunjung ke blog baru yang saya kendalikan iaitu sk-bandartemerloh.blogspot.com
ridzuanriza
25/03/2012