Menetapkan peraturan di dalam kelas prasekolah
Di usia prasekolah, kanak-kanak masih belajar untuk membentuk kefahaman mereka terhadap hal-hal yang betul dan salah dalam banyak perkara yang mereka lakukan. Mereka juga menerokai persekitaran, menguji tahap keupayaan diri dan belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan.

Di peringkat ini juga, mereka masih mempelajari tentang “boleh” dan “tidak boleh“, “selamat” dan “tidak selamat“, “salah” dan “betul” dalam hampir setiap perkara yang mereka lakukan. Dengan adanya peraturan-peraturan di dalam kelas, guru dapat membimbing kanak-kanak untuk mendisiplinkan diri secara berterusan dan membuat pilihan yang betul dalam sesuatu perkara.
Bagi meningkatkan keberkesanan peraturan-peraturan ini, set ini hanya menfokuskan kepada 4 perkara utama.
Set peraturan ini menekankan tentang perkara-perkara yang saya mahu mereka buat BUKAN kepada perkara yang saya tidak mahu mereka buat.
Sekiranya berminat, Klik butang DOWNLOAD di bawah untuk muat turun secara percuma (fail PDF) kemudia cetak berwarna sebelum dilekatkan di mana-mana sudut kelas yang sesuai dan jelas.




Perkongsian yang menarik. Terima kasih. Sungguh kreatif
Azila
05/04/2011
Menarik, nak download jugakkk…..
Husna
05/04/2011
setiap anak-anak ada kelebihan tersendiri.tiada kasta yang membezakan mereka.umpama kain putih.
wan zaitulakhmar
12/05/2011
yang penting anak adalah harta akhirat. kita akan disoal tentang amanah yg di beri.
wan zaitulakhmar
12/05/2011
Salam! Saya Pencemarah Kuasa Minda Siahsah Insanian sedia memberi khidmat kepada mana sekolah/pibg/taman/pelajar tahun 4-6, pelajar sek men/universiti/kolej tentang Kekuatan Kuasa Minda Siahsah Insaniah dan Pelajar / Insan Cemerlang. Layari laman sesawang saya seperti di bawah dan hubungi saya di laman tersebut.
Saling memesan dan mendidik tanggungjawab semua berlandaskan Siahsah Insaniah..itu kesedaran dan keinsafan sebagai insan/pelajar.
wassalam
Nor Jasni bin Abdul Razak
12/02/2012