Install Dotted Font (Font Titik-Titik)
Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.
Latihan di atas dibentuk hanya dengan menggunakan Microsoft Word 2010 dengan font tambahan yang perlu di install terlebih dahulu:
- PrintClearly_TT
- PrintDashed_TT
(Klik ikon DOWNLOAD untuk muat turun font)
Cara install font:
1. Pastikan extract dahulu bahan download di atas.
2. Untuk Window 7 dan keluarganya:
- Klik kanan mana-mana fail .ttf dan pilih Install
- Selesai
atau
- Klik kiri dua kali pada fail .ttf untuk preview kemudian pilih Install
- Selesai
3. Untuk Window XP dan keluarganya:
- Buka Control Panel dari menu Start
- Klik dua kali (kiri) pada folder Font
- Pada menu File klik Install New Font
- Pointkan pada drive dan folder yang mengandungi fail .ttf yang telah dimuat turun di atas.
- Tekan OK
- Selesai
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web menyediakan “generator” atau “maker” yang memudahkan proses guru-guru membina latihan untuk murid masing-masing.
Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan “dotted font generator“
Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)
SOFTSCHOOLS.COM
- Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
- Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
- Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis “ayah beli lori” di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
- Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM
- Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS
- Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
- Bina 4 baris perkataan/ ayat.
- Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM
- Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
- Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
- Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
- Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.








Terima kasih, dah lama nak tau pasal teknik ni.
Aisyah
18/03/2011
TQ for sharing
Nor Liza
19/03/2011
Bijak la buat guna word ada garisan garisan cam atas tu.
Suhaida Amar
21/03/2011
Nak tanya ni buat macam mana dalam word nak bagi boleh tulis dalam garisan cam tu?
Cikgu Hamzah
25/03/2011
Buat dulu garisan secara manual dalam word, gunakan simbol (_) untuk membentuk garisan lurus dan (.) untuk garisan bertitik. Susun elok-elok kemudian gunakan text box untuk masukkan perkataan di atas garisan-garisan yang berjaya dibentuk.
tekekpreschool
04/04/2011
Tq so much admin, good review
Sekarang dah dapat byk idea untuk buat latihan sendiri.
Husna
28/03/2011
Thank you sebab kongsi fonts tersebut.. saya ada fonts lain tapi yang ni belum.. thank you!
Adeline
30/03/2011
thanks mior. web ni banyak membantu dalam menyediakan aktiviti murid.
Haslinda bt Kaliwon
03/04/2011
Terima kasih Kak Linda, berkat tunjuk ajar Kak Linda juga, kalau Kak Linda ada idea-idea lain yang sudi dikongsi.. sangat dialu-alukan..
ridzuanriza
04/04/2011
Macam mana nak buat dot dot untuk tulisan jawi, fren…
Liza
07/05/2011
Buat masa ni, sy x jumpa lagi font jawi dotted.
tekekpreschool
12/05/2011
try download sini fonts dot arabic
http://www.arfonts.net/class/fontfiles/naskh/Unicode/ABO%20SLMAN%20Alomar%201.ttf
Hamba ALLAH
07/04/2012
sgt berterima kasih….:)
rosilawati
03/06/2011
Perkongsian tip yang sangat dihargai. Terima kasih kerana peka dengan keperluan pengetahuan guru pra masakini.
Noor Anis
17/08/2011
Per huruf juga bisa yak?
uswah
16/02/2012
mekasih banyak membantu nih
ukhwah
19/02/2012
macam mana nak wat garis 3 tuu… saya buat xjadi ler… rupanya jadi xsapa besar garisannya… peliknya… tlg ekk… tqvm
sha
02/03/2012
Gunakan simbol _ dan simbol- kemudia gunakan textbox utk masukkan perkataan
ridzuanriza
04/03/2012
sangat berguna…terima kasih…
nurul
07/03/2012
kalau nk dotted cursive writing macam software ni ada tk
NOR FAIEZA BT MOHD FAZLI
20/03/2012