Bengkel Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
Entry asal dari Blog Prasekolah Daerah Rompin
Bengkel dikendalikan oleh En. Hassan Bin Ahmad dari PPD Rompin dan En.Mohd Sabrie bin Othman dari PPD Pekan. Sesi perbengkelan dijalankan di Makmal Komputer SK Kampung Kolam pada 28hb Februri lalu.
Fokus utama perbengkelan ialah untuk membantu guru-guru memahami sistem online SMPK yang telah mula dilaksanakan di peringkat kebangsaan bermula tahun 2010. Sistem ini mengumpulkan maklumat kelas-kelas prasekolah samada swasta atau kerajaan di seluruh negeri. Ini termasuk maklumat kelas, murid-murid dan ibu bapa/penjaga, guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
| Login page SMPK Prasekolah |
MASALAH dan PENYELESAIAN
MASALAH 1 – Maklumat ibubapa dah edit betul-betul, tapi bila simpan maklumat masih salah
MASALAH 2 – PPM dikenalpasti sebagai PENGELOLA
MASALAH 3 – Maklumat guru tidak wujud @ tiada hasil carian
PENYELESAIAN – Sila ke “Tambah Guru” dari menu “Guru/Staf” dan masukkan No. KP
TAMBAHAN – Maklumat guru ini diperolehi dari EMISS, jadi guru dalam latihan, guru praktikum dan guru baru memang tiada maklumat.
————————————————————————————————————————-
MASALAH 4 – Masuk MyKid betul dah tapi keluar maklumat yang tentang murid yang salah.
PENYELESAIAN – Cuma guna NO.SB pulak. dan begitulah sebaliknya.
————————————————————————————————————————-
MASALAH 5 – Murid dah buat Naik Tahun tapi still tiada maklumat dalam kelas berkenaan
PENYELESAIAN – Pergi pada menu “Senarai Kelas” dari menu “INSTITUSI”, klik kiri pada kelas yang berkaitan dan pilih Senarai Murid dalam Kelas (rujuk screenshot di bawah)
MASALAH 6 – Ada ralat bila nak masukkan murid dalam kelas
PENYELESAIAN – Pastikan kapasiti kelas diset kepada 25 (sila ke menu Edit Maklumat Kelas dengan cara yang sama seperti di atas)
————————————————————————————————————————-
MASALAH 7 – Tak boleh login sistem walaupun ID dan password dah pasti betul



Terima kasih atas panduan, berguna sangat untuk saya yang kurang mahir ni
Aisyah
07/03/2011
Sama-sama Aisyah.. semoga mendapat manfaat.
tekekpreschool
08/03/2011
Assalamualaikum adik,
camne nak masukkan nama PPM dalam kelas. Sebenarnya dah daftar tapi tak naik pun namanya dalam kelas.
Noor
12/03/2011
Wsalam kak noor, senang je tu.. kak cuba refer masalah 5 dan cuba dengan langkah yang sama.
“Tambah PPm” dulu pada menu Guru/Staff
tekekpreschool
12/03/2011
Sayangnya time buat smpk ni dulu tak jumpa blog ni. Kalau tak senang sikit keje.
Pn. Aisyah
16/08/2011
aysik cuba untuk simpan maklumat budak baru, tapi masih tidak berjaya, aysik keluar invalid apa number saja…
moi chen
14/02/2012
TAK BOLEH SIMPAN BILA SIMPAN NAIK DATE FORMAT, BL TGOK FORMAT DATE BERUBAH 2006/02/01. JD X LEH SIMPAN
HIDAYATI
20/02/2012
Tu ralat tu.. diorang tengah betulkan skrg..
ridzuanriza
23/02/2012
kapasiti kelas masih 0, tetapi apabila naik kelas dimaklumkan melebihi kapasiti,kapasiti sudah disetkan 25.
dila
24/02/2012
1)kelas dah berkurang,macam mana nak hapuskan senarai kelas dan senarai murid dalam kelas pada tahun terdahulu(6 tahun).
2)macam mana nak hapuskan maklumat guru yang telah berhenti dari senarai guru?
dila
24/02/2012
1) Pada “Senarai Kelas”, pilih kelas yang hendak dihapuskan. Klik kiri dan piliih opsyen “Hapus Rekod Kelas”
2)
- Pada “Carian Guru/Staff”, tekan butang “Cari” tanpa mengubah apa2 field.
- Keputusan carian akan tunjukkan semua guru dan PPM yang ada di sekolah.
- Klik kiri pada nama guru yang hendak dihapuskan maklumatnya dan pilih “Hapus Rekod Guru/Staff”
ridzuanriza
27/02/2012
1) Macam mana nak hapuskan kelas (kelas dah berkurang) dari senarai kelas ? Walaupun saya dah cuba seperti yang disarankan, keluar pula ayat ” KELAS TIDAK DAPAT DIHAPUSKAN KERANA MASIH ADA MURID DI DALAN KELAS” sedangkan murid-murid ini ialah murid2 (6 tahun) pada tahun 2011.
dila
27/02/2012
Bagi murid-murid tahun lepas tu naik kelas dulu. Menu Murid- Naik Tahun. Tapi kenapa nak hapuskan kelas? kelas tu tak wujud dah ke tahun 2012?
ridzuanriza
29/02/2012
murid pindah nk buat mcm ner?
guru yg bingung
16/06/2012