Kemeriahan Sukan Tahunan 2010

Posted on 13/04/2010. Filed under: Cerita Di Sini | Tags: , , , |

Sekitar Program Sukan Tahunan sekolah yang berlangsung pada 11 April 2010 (Ahad) di padang Kampung Tekek. Bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 ptg.

Acara perasmian disempurnakan oleh En. Khir B. Omar iaitu Pengurus Jabatan Taman Laut Pulau Tioman.

Selain acara padang untuk murid-murid sekolah, acara lain yang berlangsung termasuklah acara jemputan untuk ibu-bapa dan pegawai sukan iaitu Cantum Straw dengan benang, lontar kertas, tarik tali dan acara olahraga 4x100M dan 4x200M.

VIP yang memeriahkan suasana majlis.

Di kesempatan ini pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program terutamanya dari kalangan guru, ibu bapa, pemimpin-pemimpin setempat dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Jutaan terima kasih juga kepada syarikat dan orang perseorangan yang menyumbangkan bantuan kewangan dan hamper untuk majlis ini iaitu;

|| Johan’s Resort || Delima Tomyam Seafood’s Restaurant || ABC Chalet & Restaurant || Salang Pusaka Resort & Enterprise || Sediakawal || Impian Mini Market || My Friend’s Place || Tioman House || One Big || Pasar Manja || Vision Commerce Sdn Bhd || Mr William || Persona Resort || Sofea Resorts || Kota Sutera Sdn Bhd || Bengkel Perabot Ganesan || Natures Legend Enterprise || Abd Kadir B. Harun || En. Borhanuddin B. Awang Chik (Pengurus TDA)  || Kalan Tengah Enterprise || Tioman Paya Resort || Pn. Rohaya Razak || Restoran Sarang Burung || Sunset Corner || Warung Syahirah BBQ Sewafood || Nazri Rest Hijau || Lala Loco Salang || Salang Complex || IQ Shop || Ella’s Place || Mr Teo || Norlia Cafe || Salang Beach Mini Market || Peladang || Kedai Runcit Latiff

dan penaja-penaja lain yang tidak dinyatakan

(++ Kredit Info: Ustaz Baqir)

Antara ibu-bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Ustaz Razali dan Cikgu Izyani bertindak sebagai pengacara majlis.

Murid-murid berehat di khemah rumah sukan yang disediakan

Rumah Kuning yang serba kuning

Cikgu Tajuddin dengan maskot rumah merah, Mr Goggle

Antara hamper yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung-pengunjung bertuah

Adik Haikal dari rumah merah bersama Cikgu Adi.

Antara atlit-atlit dari rumah Hijau.

Pasukan Rumah Hijau yang berjaya meraih tempat kedua keseluruhan.

Lihat lebih banyak gambar di SINI..

Make a Comment

Leave a reply to Madhidah Cancel reply

5 Responses to “Kemeriahan Sukan Tahunan 2010”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Bertuahnya dapat ramai penaja.

Wah nampak meriah….. tahniah kepada GPK KO dan PIBG.

syabas kepada atlit

terutamanya atlit2 rumah hijau kan.. he he..

Happening betul nampak time ni.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...