Majlis Graduasi Prasekolah 2009

Posted on 20/11/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Cerita Di Sini, Pra Buletin | Tags: , , , , |

Tahun 2009 merupakan tahun ke-3 saya mengendalikan kelas prasekolah SK Tekek. Jadi ini adalah kumpulan murid-murid saya yang ketiga bergraduasi semenjak 2007. Walaubagaimanapun oleh kerana prasekolah SK Tekek telah mula dibentuk pada tahun 1992 maka secara teknikalnya tahun ini merupakan majlis graduasi yang ke -17 bagi prasekolah SK Tekek.

Antara ketiga-tiga buah sekolah di Pulau Tioman, SK Tekek merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai iaitu lebih kurang 300 orang murid. Begitu juga dengan bilangan murid prasekolahnya. Tekek dengan 20 orang murid, Mukut 7 orang dan Juara 9 orang.

Sekali lagi SK Tekek menjadi tuan rumah untuk Majlis Graduasi Prasekolah Kelompok Pulau Tioman yang berlangsung dengan jayanya pada 17 hb yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh En. Abd Hafaz B. Abd Hamid selaku YDP PIBG SK Tekek. Selain dari En. Nordin B. Abd Karim (GB SK Tekek), majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Abd Karim (GB SK Juara) dan En. Rahim (GB SK Mukut)

KIRI: Ucapan aluan dari Cikgu Zulazri selaku pengerusi majlis TENGAH: En. Abd Hafaz menyampaikan ucapan perasmian KANAN: Ucapan dari Tn. Guru Besar En. Nordin B. Abd Karim

Bilangan kedatangan ibubapa yang hadir sangat memberansangkan. Begitu juga dengan ibu bapa dari SK Mukut yang turut serta dengan anak-anak mereka meredah lautan selama satu jam dari Mukut untuk tiba ke Tekek. Begitu juga yang datang dari Juara dengan kereta pacuan mendaki dan menuruni bukit dan meredah hutan. Komitmen yang ditunjukkan sesungguhnya sangat dihargai oleh pihak sekolah.

Antara guru-guru yang menjadi tulang belakang program

Wajah-wajah kecil yang ceria dengan jubah graduasi baru :)

Potret-potret kecil yang bakal menjadi kenangan sepanjang zaman

Gambar yang diabadikan bersama ahli keluarga

Selain menerima Sijil Graduasi, kanak-kanak SK Tekek juga turut menerima cenderahati dari pihak prasekolah. Pihak prasekolah juga memberikan anugerah khas kepada 4 orang kanak-kanak iaitu adik Shahrizal, adik Atikah, adik Huda dan adik Aiman kerana berjaya memperolehi kehadiran tertinggi sepanjang tahun 2009.

+ Special thanks to our photographer Cikgu Azhar and all teachers

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Majlis Graduasi Prasekolah 2009”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

semoga thn ini lebih ceria

wah..seronoknye…mse sy kt pra sk tekek dlu..xd pown cmnie.huhu moge ckgu yg mgajr kt pra,sk atau smk tekek..xpnh bosan layn prangai pelajar2..tq =)


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: