Seminar Kesihatan Pergigian

Posted on 15/10/2009. Filed under: Cerita Di Sini, Jalan-Jalan, Pra Buletin | Tags: , , , |

Setelah beberapa hari tidak update apa-apa dalam blog ni, maka aku mengambil kesempatan untuk bercerita sikit tentang seminar kesihatan yang dianjurkan oleh bahagian kesihatan untuk guru-guru prasekolah daerah Rompin pada 13 Oktober yang lalu bertempat di Dewan Muadzam Shah.

Seminar yang diberi tajuk “Seminar Kesihatan Pergigian Untuk Guru Prasekolah Daerah Rompin” ini agak berbeza dengan seminar-seminar lain kerana dikendalikan oleh pihak kesihatan yang terdiri daripada doktor-doktor dan jururawat-jururawat. Jadi yang memberi ceramah juga adalah dari kalangan doktor-doktor gigi.

Objektif program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang ini adalah:

1. Mengiktiraf peranan guru-guru prasekolah secara keseluruhan
2. Untuk memperkukuhkan kefahaman guru prasekolah terhadap kesihatan pergigian
3. Untuk meningkatkan kerjasama antara bahagian pendidikan dan bahagian kesihatan pergigian supaya penyampaian perkhidmatan lebih berkesan.
4. Untuk mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan program kesihatan pergigian di kalangan kanak-kanak prasekolah.

Ceramah-ceramah yang disampaikan pula adalah sungguh berinformatif. Peserta-peserta seminar telah didedahkan dengan ceramah-ceramah:

1. Kesihatan mulut dan kepentingannya dalam kehidupan
2. Kenali gigi dan masa pertumbuhannya
3. Penyakit Karies gigi
4. Tahap kesihatan pergigian di Malaysia
5. Peranan Guru Prasekolah dalam kesihatan pergigian

Ceramah-ceramah disampaikan oleh:
1. Dr. Yang Mei Ling
2. Dr. Faizah Othman
3. Dr. Sharina Bt. Dollah
4. KJP Haziah Harun

Peserta-peserta seminar secara keseluruhannya sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Apatah lagi semuanya dapat membawa pulang sebatang berus gigi beserta ubat gigi sebagai cenderahati.. :) Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih juga kerana menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk peserta-peserta. Menu kudapan, makan tengahhari dan jamuan petang sungguh menarik sekali.

Sekitar program:

Ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis

KJP Haziah menyampaikan ucapannya

"Lihatlah senyuman-senyuman kami.."

Jururawat-jururawat yang memberi penerangan semasa pameran

Jururawat bertugas sedang memberi penerangan kepada seorang guru di pameran

Khusyuk mendengar penerangan tentang pembuatan gigi palsu

Senyuman Cikgu Rosli dari SK Buluh Nipis yang sungguh menawan :)

Senyuman menggoda Cikgu Roslizan dari SK Melati

Penghargaan kepada doktor-doktor yang memberikan ceramah

Masing-masing tidak melepaskan peluang menikmati hidangan yang disediakan

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Seminar Kesihatan Pergigian”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Kelakar betullah, konfiden je tayang gigi 2 orang cikgu tu.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: