Kunjunganku ke Prasekolah SK Rompin dan Prasekolah SK Janglau

Posted on 25/06/2009. Filed under: Berita dan Rencana, Jalan-Jalan |

Selepas pulang dari berkursus dari Terengganu, aku dan 2 orang lagi guru prasekolah di Pulau Tioman iaitu Cikgu Idayu (Pra SK Juara) dan Cikgu Shahril (Pra SK Mukut) meluangkan sedikit masa untuk melawat ke prasekolah SK Rompin dan prasekolah SK Janglau. Tujuan utama lawatan tidak rasmi adalah untuk mendapatkan beberapa tips dan ilham untuk keceriaan kelas dan dan beberapa maklumat mengenai pengurusan prasekolah. Oleh kerana bot kami hari ni pukul 2.30 petang, jadi kami bertiga berjaya meluangkan masa yang sungguh bermanfaat daripada membuang masa menunggu feri di jeti Mersing. :)

Prasekolah pertama yang pertama sekali aku jejaki adalah kelas prasekolah di SK Rompin, sebab sekolah ni dalam PPD Rompin jadi kami mula dari yang dekat dulu.  Sebelum tu sempat juga aku jumpa Syed Kamarul Khairid yang sama-sama mengajar di SK Tekek dahulu, kini mengajar di SK Rompin.

Ada dua buah prasekolah di sini: Pra Jauhari (Cikgu Hidayah) dan Pra Bestari (Cikgu Asiah). Pra diorang ni sama-sama cantik dengan imej masing-masing sampai aku tak dapat nak describe melalui kata-kata jadi aku letakkan gambar yang sempat aku snap sambil menikmati hidangan keropok lekor dari Terengganu yang dihidangkan ketika masih panas… :) Terima kasih ye..

Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang

Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang

Hasil kerja kanak-kanak Pra Jauhari

Hasil kerja kanak-kanak Pra Jauhari

Dari Kiri: Cikgu Hidayah, Cikgu Idayu dan Cikgu Shahril

Dari Kiri: Cikgu Hidayah, Cikgu Idayu dan Cikgu Shahril

Shahril sedang menuntut ilmu perfailan

Shahril sedang menuntut ilmu perfailan

Senyuman yang tulus ikhlas yang orang dewasa tak dapat buat :)

Senyuman yang tulus ikhlas yang orang dewasa tak dapat buat :)

Perpustakaan Mini di Pra Bestari

Perpustakaan Mini di Pra Bestari

Gaya sebelum makan keropok lekor.. masa tengah makan takde gambar sebab aku pun makan sekali.. :)

Gaya sebelum makan keropok lekor.. masa tengah makan takde gambar sebab aku pun makan sekali.. :)

Lepas selesai di SK Rompin, kami teruskan lagi kunjungan ke prasekolah di SK Rompin iaitu Pra Satria. Seperti Prasekolah di SK Rompin prasekolah Cikgu Salina ini juga tidak kurang hebatnya. Aku sempat dapatkan beberapa salinan softcopy dokumen-dokumen penting yang masih belum aku wujudkan di kelas aku. Tq Kak Na..

Lagi ilmu perfailan dari Kak Na pulak... banyaklah ilmu perfailan diorang lepas ni :)

Lagi ilmu perfailan dari Kak Na pulak... banyaklah ilmu perfailan diorang lepas ni :)

Hiasan dalaman Pra Satria

Hiasan dalaman Pra Satria

Wajah-wajah kecil warga Pra Satria

Wajah-wajah kecil warga Pra Satria

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

11 Responses to “Kunjunganku ke Prasekolah SK Rompin dan Prasekolah SK Janglau”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Senyuman ikhlas kanak-kanak gambar nombor 5, yang dalam gambar nombor 7 tu macam senyuman tak ikhlas.

salam perkenalan

Salam perkenalan Asdi, tq for visiting

saya suka deco tbk cikgu…

salam..tengok kelas org lain cantik ja..tapi saya rasa kelas saya x ceria la..

salam.memang cantik lah kelas dorg ni..aku nak tiru jgala

Aku suka kelas pra yang simple, tak terlalu sesak. Ada x?

cantik betoi la….leh kami wat kat prasekolah ……salam perkenalan dari kami sk dato haji zainuddin serdang kedah

Assalamualaikum..
Tahniha awak seorang guru prasekolah yg rajin..dan menggunakan masa sebaik mungkin menimba ilmu dari rakan-rakan guru pra sekolah..Bila saya melihat blog ini terubatlah rindu saya pd rakan lama.Nor Asiah Prasekolah Rompin dan Cikgu Salina prasekolah Janglau..2003 dan 2004 saya bersama2 dua rakan tersebut merupakan rakan guru yg sama2 mengajar prasekolah di Rompin.waktu itu saya mengajar prasekolah di SKLKTP Selendang satu.Waktu itu kami bersama2 mengikuti kursus2 dan bengkel prasekolah… tapi saya telah berpindah ke Batu Pahat Johor pada 2005..Dapat juga saya menatap wajah dua org rakan saya ini..ooo rupanya cikgu Asiyah dan Salina masih di sana.

cantik…tp kelas prasekolah saya kecil dan sempit

shahril…mcm pernah kenal dulu kat usm kan??????tahniah jadi guru prasekolah…cantik kelas


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: