Menjaga kesihatan kuku?

Posted on 17/03/2009. Filed under: Berita dan Rencana | Tags: , , |

Assalamualaikum..

Entry kali ni adalah berkaitan dengan penjagaan kuku, sebelum tu.. cuba tengok kuku sendiri dulu. Adakah kuku korang benar-benar pendek dan bersih? Kalau pendek dan bersih .. baguslah.. tahniah aku ucapkan kerana anda termasuk dalam kategori orang-orang yang sangat prihatin dengan kebersihan kuku.

Tapi kalau panjang.. satu je nasihat aku.. bila nak check kuku budak-budak nanti, korang pastikan lah kuku korang tu pendek dulu k.. :)

Di sini aku nak berkongsi beberapa fakta menarik tentang kuku:

1. Kuku adalah sama seperti rambut di mana kedua-duanya dari protein yang sama iaitu keratin.

2. Kadar pertumbuhan kuku adalah 0.1 mm setiap hari. Jadi ia memerlukan 100 hari untuk tumbuh sepanjang 1 cm. Oleh itu sekiranya kuku anda tercabut, ia mengambil masa 4-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya. Tetapi bagi kuku kaki kadar pentumbuhan semua adalah antara12-18 bulan. (Lebih setahun tu..)

3. Kadar pertumbuhan kuku bagi lelaki adalah lebih cepat berbanding perempuan.

4. Baik lelaki atau perempuan, kadar pertumbuhan kuku tangan lebih pantas dari kuku kaki.

5. Kadar pertumbuhan kuku ibu jari adalah yang terlambat.

6. Bagi orang yang kidal, pertumbuhan kuku di tangan kanan adalah lebih cepat dari tangan kiri dan begitulah sebaliknya.

7. Kuku tumbuh lebih cepat pada waktu sejuk, malam dan ketika mengandung.

8. Amalan menaip dapat merangsangkan pertumbuhan kuku.

9. Kuku menggambarkan keadaan kesihatan seseorang.

10. Rekod kuku terpanjang yang pernah dicatatkan ialah  sepanjang 48 inchi iaitu dimiliki oleh seorang lelaki india.

Kebersihan kuku sangatlah penting bagi kita, selain untuk menjaga keindahan tangan dan kaki, juga dapat menjaga kesihatan. Kuku lemah, selalunya disebabnya oleh keturunan dan penyakit.
Kuku harus senantiasa dijaga bersih, kering dan pendek.

1. Sapu kuku dengan lotion atau minyak pelembap pada setiap malam sebelum tidur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat.

2. Kuku seharusnya dipotong pendek dan serata supaya tidak mudah terkait kepada kain atau benda yang mengakibatkan kuku patah.

3. Pakai sarung tangan sekiranya melakukan pekerjaan yang menggunakan bahan kimia seperti membuat kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mencuci lantai atau berkebun.

2. Kerap mengurut bahagian kutikel supaya kuku tangan tumbuh dengan baik, tidak mudah rapuh dan patah serta sentiasa kuat. Kuku kaki pula perlu disental untuk membuang kulit keras.

3. Jangan memotong kuku terlalu pendek atau mengorek cekam.

4. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.

5. Sesekali belanjakan wang dan masa untuk melakukan rawatan spa agar kuku sentiasa sihat dan kuat.

6. memilih kasut yang bersesuaia agar kuku setiasa dapat ‘bernafas’

7. Jumpa doktor sekiranya ada kemerahan atau perubahan di bahagian kutikel kuku atau kuku tertanggal dari jari.

Petua orang lama bab-bab menyolek kuku ni:

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

kuku

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Menjaga kesihatan kuku?”

RSS Feed for Weblog Prasekolah Budiman SK Tekek, Pulau Tioman Comments RSS Feed

Maklumat yang bermanfaat


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: